andai ini takdirnya utkku

Wednesday, May 13, 2009

Kita di takdirkan bertemu

13 Mei 2009

Sudah dua hari Kak Awwa rasa tak sedap badan, sesak nafas dengan tiba-tiba, malam nak tidur agar sukar. Kak Awwa sudah lama tak terkena asthma. Tetapi dua tiga hari lepas sukar hendak bernafas. Mungkin keadaan cuaca yang agak panas sebelum ni. Tetapi syukur alhamdulillah, mungkin Allah mendengar doa orang-orang yang beriman di turunkan hujan untuk membasahi bumi dan menyuburkan segala pepohon. Kalau nak ikutkan kalau Allah nak turunkan bala memang patutpun. Kenapa Kak Awwa kata begitu, saban hari dan setiap waktu maksiat semakin berleluasan. Penyakit virus maut semakin menghampiri hambaNYA. Allah turunkan penyakit itu bersebab. Sebanya bab kata Nabil LU PK Lah sendiri, buka mata dan lihat apa yang berlaku sekarang di tanah airku tercinta.

Pagi semalam, suami Kak Awwa paksa Kak Awwa ke PPUM berdekatan dengan rumah Kak Awwa. Kak Awwa ni pelik biarpun PPUM tu tak sampai 10 minit kalau tak jem untuk sampai. Tetapi Kak Awwa memang malas hendak ke hospital. Tak kiralah hospital swasta ke hospital kerajaan lagilah malas sebab lama menunggu. Kalau nak ke hospital panel di Pusrawi Jalan Ipoh, jauhlah jugak. Dah ada yang dekat ni kata suami jomlah kita pergi. Demi menghormati suami yang terpaksa bercuti kerana hendak membawa Kak Awwa ke hospital, Kak Awwa pergilah juga. Kalau nak ikutkan asthma Kak Awwa boleh baik dengan sendirinya. Tetapi pagi tu dah ok dah, tetapi kata suami tak apalah kita pergilah ambil ubat( padahal Kak Awwa tak makanpun ubat hospital, sebabnya Kak Awwa alahan dengan ubat hospital mengigil, rasa nak muntah macam-macam ada.. itulah kesannya kalau makan ubat di mana-mana hospital). Itulah Kak Awwa lebih suka ambik ubat homeopaty biarpun untuk sembuh mengambil masa yang agak lama. Tetapi cara penyembuhannya agak perlahan berbanding dengan ubat di hospital biasa. Tetapi hendak ke Homeopaty Dr Sabri di Selayang jauhlah pulak.

Sampai di RUKA diorang suruh ke Trauma dan Kecemasanlah pula. Sedangkan Kak Awwa tak perlu di rujuk ke sana sebab Kak Awwa takde lah teruk sangat. Dah RUKA suruh ke Trauma maka suamipun membawa Kak Awwa dengan kerusi roda. Untuk ke satu-satu tempat di PPUM tu tahu sajalah kalau Kak Awwa nak berjalan dengan mengunakan tongkat mungkin Kak Awwa tak sampai dan bertambah lelahnya. Besarnya pengorbanan suamiku, setiap kali hendak ke hospital ke hendak ke mana ke dia terpaksa ambil cuti demi Kak Awwa, sedangkan Kak Awwa tahu saban hari di pejabat kerja yang menantinya menimbun. Andailah aku berdaya, pasti aku tidak akan menyusahkanmu suamiku. Semoga Allah membalas kebaikanmu suamiku.

Nak cerita... sampai Trauma pulak, di periksa sana sini, periksa nadi dan sebagainya...takdelah asthmanya serius sangat. Nurse yang mungkin dah nak pencen membebel menjuihkan bibirnya. "Tak seriuspun di rujuk ke sini, bukan di sini, di RUKAlah". Panas cuping telinga Kak Awwa mendengarnya. Lalu Kak Awwapun balas balik, "dah orang sana suruh rujuk sini, kita datanglah sini". Diapun balas balik pulak. "Orang sana tu kalau asthma sikit nak rujuk sini". Lepas tu bla-bla dan bla. Lepas tu suami Kak Awwa pun jawab baliklah...."orang yang tak pernah asthma tak tahu bagaimana rasanya". Memanglah pesakit asthma kekadang malamnya tiba-tiba di serang lelah, lepas tu pagi okey balik. Nampaknya nurse dah nak pencen ni memang tak ikhlas buat kerja, tak mahu pahala yang Allah akan berikan kepadanya. Buat apa pilih kerjaya itu kalau dah tak suka, apakah hanya kerja untuk makan gaji? Tiap-tiap bulan dapat gaji? Bukan nawaitu kerana Allah Taala menolong orang yang sakit? Tak kiralah serius ke tak serius ke lakukanlah tanggung jawab itu dengan ikhlas hati. Kalau di katanya saban hari berdepan dengan berbagai kerenah pesakit...hah itu kerja kamu, kamu yang pilih kerjaya itu, maka lakukan dengan ikhlas hati, kerana setiap pekerjaan yang kamu lakukan di atas dunia ini akan di bawa ke masyar. Dan satu lagi senyuman itu sebenarnya boleh menghilangkan tekanan dan sedekah tetapi nampaknya ramai nurse-nurse yang sudah berumur ni tak reti nak senyum dah( tetapi berbeza sekali dengan yang muda-muda murah dengan senyuman).

Sudahlah bercerita bab ni tak pasai-pasai aku yang dah semakin sihat ni datang balik asthma aku ni. Kekadang Kak Awwa tak boleh tertekan dan tersilap makan, cuaca panas sangat asthma boleh datang tiba-tiba. Kak Awwa di beri Ventolin Evohaler( tak gunapun sebab nak muntah guna benda ni). Pendek kata semua ubat hospital Kak Awwa alahan. Kak Awwa akan pulih dengan sendiri asthma ni sebenarnya.

Mungkin sudah di takdirkan Allah, ketika Kak Awwa menunggu giliran untuk mengambil Ventolin Evonhaler ni ada seorang kakak tersenyum ke arah Kak Awwa. Kak Awwa duduk bersebelahan dengannya. Dia tanya Kak Awwa OKU ke? Kalau nak ikutkan di PPUM tu memanglah ramai yang guna kerusi roda, ada yang takde kaki, orang tua dll. Anak akakpun OKU jugak katanya. Dia tunjukkan seorang gadis di depannya. Gadis itu berpaling dengan senyuman yang menawan( rasanya kalau si jejaka melihat senyumannya pasti cair gilerlah). Dalam hati Kak Awwa tertanya-tanya mana OKUnya tak nampakpun, tangannya pun ok cukup takde cacat celanya.

Kakak ini suka bercerita, dia kata kalau orang pandang sekali imbas, anaknya tak nampak kekurangannya, sambil bercakap tangannya mengosok bahu Kak Awwa dengan penuh kasih sayang, seperti seorang ibu yang membelai anaknya. Kak Awwa suka tengok kakak ini, senyumannya tak pernah lekang dari bibirnya, keayuannya menurun kepada anak gadisnya.

Katanya, dia membawa anak gadisnya enam bulan sekali, dari lahir dia di rawat di PPUM. Ketika lahir anaknya cuma 1kg sahaja, terpaksa di rawat di PPUM berbulan-bulan lamanya. Yang menyedihkan anaknya lahir kakinya pendek sebelah tak jejak ke bumi. Tetapi bila dibuat latihan tiap-tiap hari, kaki anaknya bolehlah menjejak lantai biarpun agak senget sikit jalannya. Kata Kak Awwa tidak ada masalah kak, oklah tu, takde ketara sangat kekurangannya tu. Cuma kalau di perhatikan kakinya agak mengecil,sedangkan badannya bersemangat. Pantang kalau cuaca panas akan pengsan. Kak Awwa memang tak suka perhati orang, cukuplah kalau melihat sekali imbas sahaja. Kak Awwa bimbang kalau kita perhati kekurangan orang, orang akan tersinggung dan malu. Kak Awwa tak mahu jadi seperti orang yang tidak faham perasaan OKU. Kekadang di tanya kenapa jadi begitu dan begini, di perhati dari atas ke bawah. Sedangkan kita tahu kalau kemalangan lain dan kejadian Tuhan yang sedari azalinya lain. Cuma orang yang mempunyai keluarga yang OKU sahaja yang memahami bagaimana perasaan mereka.

3019pun tertera di skrin, Kak Awwa minta diri untuk mengambil ubat. Kakak itu dan anak gadisnya belum tiba lagi angka gilirannya. Setelah mengambil ubat Kak Awwa di depan kaunter untuk menyerahkan surat dari TRauma. Entah apa yang doktor tulis tak faham, tahu-tahu sajalah tulisan doktor ni hanya sesama mereka sahaja yang faham.
Kak Awwa terasa ada orang pegang, dik minta diri dulu ya, jumpa lagi, dia mencium kedua belah pipi Kak Awwa, Kak Awwa tergamam.

Ketika tunggu giliran kakak itu datang kembali menghulurkan dua bungkus nasi lemak dan notRM........ Kak Awwa tergamam tak nak terima nanti kecik hati kakak tu. Dia memeluk Kak Awwa katanya dia sayangkan orang macam Kak Awwa dan dia mengangap Kak Awwa adiknya,sudah lama dia mencari insan senasib dengan anaknya, kerana dia faham bagaimana kehidupan seorang OKU. Tanpa sedar berlinang air mata Kak Awwa( kerana terharu). Dia minta diri untuk pulang, kami sempat bertukar nombor telefon. Maka berakhirlah suatu pertemuan yang tidak pernah Kak Awwa jangka akan berlaku. Rupanya masih ada orang yang baik di dalam dunia ni, tetapi kalau nak cari seorang dalam seribu tu payah. Bukan kerana dua bungkus nasi lemak dan not.....tetapi budi pekerti dan kasih sayang, itulah harga yang paling mahal.

Petangnya kami bersembang melalui telefon, dia orang Perak, tinggal di Pandan Indah. Dia banyak menasihati Kak Awwa suruh memperbanyakkan membaca Al Quran, zikir dan amalan-amalan yang lain. Usianya sudah lima puluhan, sudah lama pencen, tetapi kalau sekali pandang seperti umur 40 an. Dia suruh Kak Awwa memanggilnya makcik, tetapi Kak Awwa tetap mamanggilnya kakak. Ya Allah terima kasih Tuhan kerana Engkau memberikan aku seorang lagi sahabat. Segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Rupanya Allah hendak menemukan Kak Awwa dengan kakak ini. Semoga suatu hari nanti kami akan bertemu lagi untuk mengeratkan silaturahim. Maha Besar Allah, Subhanallah.....


Inilah yang di katakan Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

0 comments: