andai ini takdirnya utkku

Tuesday, May 19, 2009

Panasnya

Bismillahhirahmanirahim.....alhamdulillah batuk,demam dan sesak nafas sudahpun hilang. Semalam pergi ke PPUM lagi untuk ambik darah. Almaklumlah sekarang ni macam-macam penyakit baru timbul. Menimbulkan ketakutan kepada manusia yang waras. Dengan cuaca yang agak panas sekarang ni bertambahlah lagi kecelaruan.Hujan hanya sebentar sahaja,( kesian kat pokok hari-hari kena siram, pokok timun Kak Awwapun kurus kering) apapun itu adalah hakNYA. Semuanya itu hakNYA. Nak turun hujan ke tak nak ke itu Hak milik mutlak Raja segala raja iaitu ALLAH yang menciptakan segalanya. Siapalah kita ini? hanyalah manusia yang terlalu kerdil.

Kak Awwa balik nak makan budu dengan ikan bakar,petai dan jering...

Nak cerita ghapo eh? Erm semalam/kelmarin Kak Za( kak ipaqku) call. Katanya cuti sekolah ni nak adakan kenduri aqiqah untuk anak lelaki bungsunya. Kebetulan abang Kak Awwa bernazar kalau dapat anak lelaki nak tumbangkanlah seekor lembu sebagai tanda kesyukuran(sebelum ni anaknya tiga orang perempuan). Dari anaknya baru lahir hingga sekarang dahpun dua tahun anak tu barulah tertunai hajat tu.


Dia tanya Kak Awwa boleh balik ke? Kak Awwa pun tak bagi kata putus sebab kendurinya 4hb hari khamis, suami Kak Awwa khamis jumaat masih kerja lagi, lagipun dia ada janji temu dengan doktor. Nak ambik cuti selalupun tahu-tahu sajalah, simpan untuk kecemasan. Kak Awwapun mikirlah semalam tu, suami Kak Awwa kata kalau Kak Awwa berani balik sorangpun baliklah. Lagipun sampai kat Pasir Puteh nanti adalah abang yang pergi ambik. Biasalah Kak Awwa ni tak biasa balik kampung sendiri, hari tu pun dengan Hafiz. Tetapi bila kenangkan harapan mek,ayah dan keluarga rasanya tak sampai hatilah pulak nak hampakan. Lagipun Kak Awwa nak jumpa Hafiz, insya Allah diapun akan berada di rumah tok ayahnya. Suami Kak Awwa akan menyusul hari sabtu untuk mengambil Kak Awwa pulang ke sini.

Kata Kak Za nak panggil semua saudara mara berkumpul, kalau tidak bila lagi nak berkumpul ramai-ramai macam tu. Yalah Kak Awwapun rasa dah lama tak jumpa saudara mara, entah kenal entah ke tidak. Bila lagi hendak bertemu saudara mara. Kak Awwa masa kecik-kecik dulu rapat dengan pak dan mak saudara, tetapi bila sudah semuanya berjauhan jumpapun lima tahun sekali tak pernah. Sepupu sepapat kalau jumpa kemain sayangnya lagi, tetapi bila tak jumpa semuanya ikut haluan sendiri. Rasanya bersepah sepupu sepapat di KL ni. Anak buah dua tiga orang, tetapi itulah lumrahnya manusia alasannya sibuk. Ya sibuk dengan duniawi selagi nyawa masih di kandung badan. Biarkanlah......

Erm tak tau nak bagi tajuk apa dah..belasah ajelah, bersesuaian dengan cuaca yang panas terik sekarang ni.

0 comments: