Bonda~ M. Nasir
Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda
~Lagu ni aku tujukan khas untuk mek aku di kampung)Selamat hari ibu mek ...sian kat mek aku kerana tak tau apalah hari ibu)~
Sebenarnya Kak Awwa tak kisah sangat hari ibu ke hari bapa ke hari apa-apapun. Kerana bagi Kak Awwa kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa tidak ada hari-harinya(tetapi nampak kalut sangat iklan dalam Tv hari ibu Kak Awwa pun teringin hendak menulis tentang hari ibu, padahal mek Kak Awwa kat kampung tak taupun apa itu hari ibu). Tiap hari sayang hingga ke titik noktah yang terakhir. Dan bagi Kak Awwa kalau hendak bagi hadiah kat ibu bagilah bila-bila masa sahaja tanpa ada hari-harinya selagi mereka masih ada di dunia ini. Kerana ibu dan bapa cuma ada satu di atas dunia ini. Sebagai kebajikan seorang anak, setiap saat jagalah hati ibu dan ayah moga hati mereka tidak terluka. Tetapi tidak di nafikan kekadang diri ini pernah melukai hati ibu, dan andai sekali sekala anakku melukai hatiku memang wajarlah.
Redha Allah terletak di atas redha ibu bapa( bagi anak lelaki syurga di telapak kaki ibu, tetapi anak perempuan setelah berkhawin syuga terletak di bawah tapak kaki suami). Kini Kak Awwa sebagai ibu kepada seorang anak lelaki,Kak Awwa berdoa semoga anak Kak Awwa memuliakan Kak Awwa dan tidak melupai Kak Awwa biarpun kami terpaksa berjauhan. Berjauhan kerana Allah, kerana mengejar cita-cita. Sebagai seorang ibu Kak Awwa tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan bila dia dewasa kelak. Cuma yang Kak Awwa nak tengok kebahagiaan dia menjadi anak yang soleh yang akan menjadi penyejuk mata kami bila kami sudah bergelar warga emas nanti. Tidak sanggup melihat ada anak-anak yang membuang ibu mereka di rumah-rumah orang tua Na'uuzubillah.
Hari ini pun Kak Awwa tidak mengharapkan apa-apa hadiah dari suami atau anak sempena hari ibu (walaupun suami Kak Awwa ajak Kak Awwa keluar pergi makan-makan, tetapi Kak Awwa tak mahu sebab kat luar tu panas sangat, agak kurang sihat, kalau boleh cuma hendak berkurung dalam rumah saja). Kerana mereka sudah banyak berkorban untuk Kak Awwa. Cukuplah hanya kasih sayang yang mereka curahkan..itu hadiah yang paling termahal. Yang Kak Awwa ingat Hafiz pernah bagi bunga kaca dan keronsang rama-rama ketika dia sekolah rendah. Tu pun terpengaruh dengan kawan-kawannya. Doaku semoga aku akan menjadi ibu yang tabah dan cekal dalam menempuh segala dugaan yang bakal mendatang. Moga-moga Allah akan memberi kesabaran untukku dan keluargaku.
0 comments:
Post a Comment