Ya Allah rindunya hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu, kalau boleh aku ingin balik kampung lagi tetapi apakan daya terasa begitu jauhnya. Diam tak diam sudah hampir 9 bulan lebih aku di sini. rumah kuaters di Pj pun sudah ada orang yang masuk. Kesian rumah bocor lagi, manakala sampah berupa surat khabar kerusi patah penuh di garaj kereta. Tilam lama aku tinggal di rumah itu. Kata Che Mat barang2 peninggalan ku sudah di angkut dengan lori.Seronok orang tu masuk ada bunga ros. Dari terbiar lebih baik ada orang yang menjaganya. Agaknya pokok2 ubi kayu yang aku tanam dahulu habis di tebas tebang. Ahh! kenaangan bukannya mudah hendak di lupakan.Pengajian di surau bermula Okt ini...aduyai lambatnya..aku sudah bosan rasanya, sepi aku rasakan. Sebulan lebih aku bersama Hafiz di rumah setelah dia...