andai ini takdirnya utkku

Saturday, October 30, 2010

luahan hatiku

Tika dan saat aku menulis di blog ini aku sudahpun berada di hotel bajet di bandar KB. Aku sampai pagi tadi dengan menaiki keretapi. Tak terfikir nak pulang kampung, tetapi takdir Tuhan suamiku kena kerja di Besut Trengganu selama seminggu. Alhamdulillah lah kebetulan mek aku pun tak sihat, nak balik ziarah mek dan ayahku juga. Naik keretapi tau2 sahajalah lambatnya sampai. Tapi rasa dah tak berani sangat nak balik naik bas. Kalau suami ku sorang bolehlah depa bagi tiket kapal terbang. Tetapi dah balik dengan aku terpaksalah naik keretapi. Nak naik kapal terbang tu faham2 je la ya....Petang semalam aku menaiki komuter dari Rawang ke Kl Central. Ramainya yang berbaju merah. Dalam ramai2 tu aku terpandang seseorang..tetapi dia buat tak tahu...begitu juga aku...mungkin juga pelanduk dua serupa...

Monday, October 11, 2010

tragedi 10.10.10

10.10.10- 1 Zulkedah 1431 HSebelum pergi kuliah dhuha aku panaskan capati dan goreng telur hancur di atas kuali leper. bila sudah masak telur dengan kuali yang sama aku guna untuk panaskan capati. Bila sudah pastikan masak aku angkat roti dan bawak ke ruang tamu sambil menonton tanyalah ustaz di TV9. Bila tamat tanyalah ustaz bersiap2lah aku dan suami untuk ke surau As Sidiqin. Kuliah dhuha bermula jam 9.00 pagi bersama penceramah yang tak asing lagi iaitu ustaz Halim Din yang selalu keluar di TV9 dan TV3.Kalau ikutkan hari ni aku tak nak pergi kuliah dhuha kerana menanti kedatangan sahabatku Lea, dah dia pun tak dapat datang apa lah yang hendak aku buat di rumah. Tiba di surau, jemaah belum ramai...setelah mengerjakan solat sunat dhuha aku duduk bersama dengan seorang jemaah perempuan yang...

Saturday, October 9, 2010

apakan daya

9.10.2009Ya Allah minggu lepas hati ini berkobar2 ingin bertemu sahabatku (Lea)tercinta yang sangat2 aku rindui. Tetapi apakan daya sudah takdir kita belum di izinkan lagi bertemu oleh sebab2 yang tidak dapat kita elakkan. Bersabarlah wahai sahabatku jangan bersedih, andainya di panjangkan umur dan di murahkan rezeki kita pasti akan bertemu jua. Namun jauh di sudut hati ini aku menangis hiba mengenangkan kenangan kita dahulu. Walaupun pertemuan kita lewat di alam maya, tetapi persahabatan kita terlalu murni. Di saat aku ingin berpindah akhir bulan 12.2009 dia banyak membantuku. Dia sahabat tempat aku curahkan suka dan dukaku. Kini aku pasrah kerana jarak yang memisahkan kita. Apakan daya bukan rezeki kita untuk bertemu.....