andai ini takdirnya utkku

Monday, October 11, 2010

tragedi 10.10.10

10.10.10- 1 Zulkedah 1431 H

Sebelum pergi kuliah dhuha aku panaskan capati dan goreng telur hancur di atas kuali leper. bila sudah masak telur dengan kuali yang sama aku guna untuk panaskan capati. Bila sudah pastikan masak aku angkat roti dan bawak ke ruang tamu sambil menonton tanyalah ustaz di TV9.

Bila tamat tanyalah ustaz bersiap2lah aku dan suami untuk ke surau As Sidiqin. Kuliah dhuha bermula jam 9.00 pagi bersama penceramah yang tak asing lagi iaitu ustaz Halim Din yang selalu keluar di TV9 dan TV3.

Kalau ikutkan hari ni aku tak nak pergi kuliah dhuha kerana menanti kedatangan sahabatku Lea, dah dia pun tak dapat datang apa lah yang hendak aku buat di rumah. Tiba di surau, jemaah belum ramai...setelah mengerjakan solat sunat dhuha aku duduk bersama dengan seorang jemaah perempuan yang belum ku kenali. Sempatlah berkenalan dengannya. Jemaah semakin ramai, ustaz belum sampai2. Rupanya ada kenduri di BCH. Tepat jam 10.00 ustaz pun tiba di surau, tajuk kuliahnya pagi itu "Islam kembali dagang". Di surau tempat aku ni banyak penceramah jemputan yang sentiasa keluar kat TV seperti Ustaz Roslan, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Wan Sohor dan yang lain2 lah. Pendek kata aktiviti si surau tempat aku ni penuh i. Alhamdulillah beruntung aku tinggal di sini. Walaupun aku tidak mempunyai kawan di blok aku ni sekurang2nya aku ada kawan2 di surau. Adalah 2 tiga orang yang aku kenal kat blok aku ni. Biasalah orang masing2 sibuk berkerja , kita pulak asyik berkurung dalam rumah saja.

"lslam kembali dagang" di kaitkan dengan semualah. Termasuklah kes sekolah tahfiz yang menjadi perdebatan di blog wordpress aku. Kalau ikutkan aku setujulah apa yang ustaz ni kata. Tak sepatutnya pejalar2 yang kena mencari dana untuk sekolah, orang yang buat sekolah tu lah yang berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mencari dana. Kenapa budak2 yang masih kecil di kerah tenaga mereka berpanas dan berhujan meminta2 di khalayak ramai. Orang memberi kerana simpati kan budak itu. Apakah agenda di sebalik itu? Apakah orang2 atasan duduk goyang kaki makan hasil budak2 itu? Waalahuaalam...begitulah serba sedikit isi kuliahnya dan banyak lagi sebenarnya, sehinggakan menyentuh tentang kematian Jutawan kosmetik Dato Sosilawati.

Setelah tamat kuliah jam 11.45 ada jamuan ringan bihun yang telah di taja oleh sebuah restaurant kat Medan Putri. Seperti biasa aku jarang menjamah makanan di surau, cuma sekali sekala sahaja. Al maklumlah budak2 ramai biarlah kita orang tua2 ni tak makan pun tak apa. Itupun satu tarikan untuk budak2 pergi ke surau.

Rupanya suamiku faham( dia selalu memahamiku) dia mengambil sepinggan bihun untuk di makan di rumah. Kataku kita singgah kedai Tok Wan sat, makan siap dah, pastu senang balik tak payah masak.

Makan minum sembang tengok2 jam dua belas lebih. Bila sampai di rumah buka pintu bau seperti orang masak. Aku kira itu jiranku masak, aku biarkan saja... dapurpun tidak ku jenguk. Duduklah aku sambil berpk2 nak lukis pola baju kurung moden yang cikgu suruh( aku baru je mula belajar menjahit baju di masjid hari sabtu). Dah tak tau apa2 asaspun tak tau pening kepala nak melukis pola dan alahai memang teruk betul aku rasakan. Dalam terkial-kila padam itu ini akhirnya siap juga, itu baru dasar hadapan belum melukis dasar belakang lagi. 20 tahun yang lalu aku melukis pola baju kurung masakan tak kekok nak melukisnya kembali sekarang ini.

Lepas solat zohor aku nak tengok nona, siapalah nak lepaskan peluang menonton perkahwinan angkasawan negera. Dah lah pagi terlepas dah. Duduk lepak2 dah asar, solat asar pula. Lepas asar aku nak baring sat( kalau ikutkan lepas asar tak eolok tidur, tp terlelap juga).

Bau bakar masih ada lagi, suamiku kata siapalah yang bakar . Astagfirullahalazim rupanya di rumah aku, jam 6.30 baru aku masuk dapur nak masak air. Bila ku pegang kuali leper panas, bila ku tengok rupanya aku tak tutup dapur gas, itu nasib baik apinya kecil sahaja. Bayangkanlah dari pagi hingga ke petang api dapur masih menyala? Sedangkan aku tinggal rumah pergi ke surau. Allah Allah tak dapat nak bayangkan. Tetapi mujurlah tidak terbakar kalau tidak aku tak tahu apa nak di kata lagi. Ya Allah lindungilah aku dari mala petaka, kecuaian membawa bencana, mungkin Allah sayangkan aku maka dia gerak kan hatiku untuk pergi ke dapur.

Duduk berdua aku jarang masak aku banyak makan di luar, bukan malas tetapi masak pun membazir berhari2 dalam peti. Tetapi kalau aku rajin aku masak terutama sekali bila hafiz balik rumah, sebab dia nak makan masakanku. Kekadang aku beli lauk dan masak nasi. Kebetulan ada kedai Tok Wan orang Trengganu ada masakan pantai timur tu lah aku suka makan di kedainya. Kalau kat PJ memang tak berani nak makan kedai mamak....walaupun di letak ayat al quran...

Ya Allah semoga aku tak lalai lagi....semua ni akan menjadi pengajaran untuk diriku. Tak dapat nak bayangkan kalau ianya meletup pastinya BTP ini kecoh terutama sekali blok aku. Syukur alhamdulillah kerana tak ada apa2 yang berlaku....yang pasti aku memang terkejut, hingga ke hari ini suamiku tidak tahu misteri orang bakar2.



p/s blog ni tak cantik langsung.....entah bilalah aku nak make up kan dia, kalau bab2 nak kena ubah itu ini aku jadi malas.Tolonglah........

4 comments:

Maaflah akakcomey tak leh baco...sakit mato blog adik comey sangat

maaf lah y blog sy ni dulu cantik..tp sekarang ni entah la..mekasih bagi komen ya...

ya Allah...akak mmg betul2 dilindungi Allah..kalo org lain tentu saja kebakaran terjadi, tp demi kasih sayang Allah terhadap kak Awwa, perkara itu dijauhkan!

syukur Alhamdulillah, tp lepas ni berhati2 ye kak..

mekasih ya Luna...memang betul2 terlupa..syukur sangat2 kp Allah kerana tidak berlaku apa2...memang Allah sayangkan hambaNYa..ttp hambaNya selalu saja melupai NYa...