Malam isnin yang lepas aku dan suami ke majlis makan malam di Hotel Corus sempena perjumpaan, kami menginap di hotel bajet, hotel Corus ni mahal mana mampu kami nak menyewa Rm300 semalam, Rasanya lebih baik duit tu aku bagi kat anak aku je. Kami cukup lah hotel bajet cuma untuk semalam je, nak balik ke Rawang jauhlah pulak. Lagipun majlis tu habis jam 11 mlm. Kalau ikutkan tak mau pergi, tetapi suami aku tanda pasanganlah pulak, sebelum ni dia ajak kawan seofis dia Asnor, tapi Asnor ada family day di Perak. Aku dengan suami tak join atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.InstaForex Grand Dinner 2011Malam tu di mulakan dengan majlis doa selamat lepas tu seperti tak sah kalau tak jemput artis, artis yang tak laku agaknya sebab tak pernah dengar namanya Nabiri dan Dira. Ingatkan dapat menang cabutan...