andai ini takdirnya utkku

Wednesday, December 3, 2008

salam kemaafan di aidiladha

Di kesempatan ini Kak Awwa ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua rakan-rakan bloggers tak kira walau di mana sahaja berada. Ampun maaf kalau ada terkasar bahasa samada dalam penulisan atau apa-apa jua yang menyinggung perasaan kawan-kawan semua. Ampun maaf juga kerana tidak sempat untuk menjengak ke blog kawan-kawan, ini semua keadaan yang tidak mengizinkan.

Halalkan apa yang termakan dan terminum,terberi dan sebagainya lagi. Salam sayang dan salam persabahatan untuk semua...........andai di panjangkan umur berjumpa lagi..........

4 comments:

Cepat betul kak awwa wish hari raya haji...jemaah belum pun ukuf lagi kat Arafah. Tapi terima kasih bebanyak, ia mengingatkan kembali saat2 persiapan untuk berangkat ke Arafah dan waktu2 paling bahagia bila bersimpuh dibumi Arafah berbumbungkan langit yang bersih tiada walau secarit awam pun. Maha suci Allah, ketika itulah doa kita terus dibawa kelangit. Banyak airmata tokma yang tumpah disitu.
Subhanallah!!...satu ketika akan tokma kongsi pengalaman berada di Arafah. InsyaAllah.

Salams Aidiladha buat akak sekeluarga... take care

salam tokma..doakan saya jugak utk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah....sy wish awal sbb sy dah tak on pc bila pulang ke kg sbb it lembab kat sana...kalau p bandar baru ok it...apa2pun salam aidil adha utk tokma ya.........

salam keshi...salam aidiladha...maaf zahir dan batin........