Setelah pulang berhari raya aidiladha rasa angin malas untuk update blog mula menular dalam diri Kak Awwa. Nak kata takde cerita memang banyak tetapi entah mengapa terasa malas. Dek kerana kemalasan ini bersebab. Ayah dan emak Kak Awwa datang ke rumah Kak Awwa 10.12 dan pulang 21.12 yang lalu. Sepuluh hari kedatangan mereka, Kak Awwa banyak mengisi masa-masa terluang bersama mereka, masak buat itu dan ini bersama. Ayah Kak Awwa yang sakit bahupun sempat lagi mencangkul tanah di belakang rumah untuk Kak Awwa menanam sayur-sayuran.
Sepanjang Hafiz di rumah, Hafizlah dengan tok ayahnya pergi ke pasar tani seksyan 14 untuk membeli ikan dan sayuran. Ini kerana suami Kak Awwa sakit lutut tak boleh berjalan selama beberapa hari setelah pulang dari kampung. Memanglah dah lama dia sakit lutut tetapi tidak seteruk ini. Alhamdulillah setelah ayah urut dua tiga kali dia boleh berjalan biarpun pergi kerja dengan mengunakan tongkat. Ada satu kali tu Hafiz tak mahu ajak tok ayahnya yang sakit peha, dia pergi sendiri. Rupanya anakku seorang yang bertanggung jawab mengambil alih tugas ayahnya. Terima kasih sayang........semoga hidupmu akan bahagia dunia dan akhirat. Hanya doa ibu mengiringimu sayang.
Hari sabtu mereka pulang, terasa sunyi sangat, apa lagi bila buka Astro Oasis dan APL teringatkan emak dan ayah. Petang semalam Hafiz pulak pulang ke asrama bertambah sepi. Hari sabtu tu Kak Awwa tengok perkhawinan Mawi dan Ekin, dahulu Kak Awwa memang ikut perkembangan artis dan adalah minat jugak dengan lagu-lagu Mawi. Kalau emak ada pasti Kak Awwa melihat hari bersejarah Mawi dengannya.
Semalam orang datang menyembur ubat anai-anai di rumah Kak Awwa, entah mengapa setelah di renovet anai-anai datang menyerang dinding dan bilik air. Mungkin sebelum ini anai-anai sudah ada di kawasan rumah ini, Kak Awwa aje yang tak perasan.
Cerita balik kampung........
6. 12.2008 hari tu Kak Awwa pulang ke Kelantan menaiki bas Trannasional dua tingkat. Inilah pertama kali dalam hidup Kak Awwa naik bas dua tingkat, Kak Awwa duduk kat bawah. Nak di jadikan cerita sepanjang keluar dari Kuala Lumpur jem sangat, bas Jertih Pasir Puteh tak ada, Kak Awwa terpaksa turun di Kota Bharu.
Didalam bas Kak Awwa berkenalan dengan seorang adik yang bernama Astinie nak pulang ke Melor. Inilah kali pertama Kak Awwa terasa bosan menaiki bas, kerana hujan dan ada setengah tempat banjir dan juga kemalangan tak henti-henti inilah yang menyebabkan jem yang amat teruk. Ada tu bas tak bergerak dalam satu jam. Kerana hendak sampai cepat di kampunglah kami naik bas, kalau tahulah macam ni baiklah naik keretapi. Suami Kak Awwa pulak masa tu tak sihat, nasib baik bawa bekal ubat.
Satu yang Kak Awwa tak dapat lupakan bila melihat jasad terbujur kaku di tepi jalan, dan kereta jatuh longkang remuk. Bukan satu kemalangan tetapi dua tiga.
Hp Kak Awwa berdering dua tiga empat kali, ayah dan emak memang risau menanti kerana jam 10 tak sampai-sampai lagi. Abang Kak Awwa suruh turun di Machang tetapi bila melihat keadaan hujan yang tak berhenti dan ada air di sekitar itu rasa tak sanggup Kak Awwa turun dengan beg yang besar. Perjalanan di teruskan hingga ke Kota Bharu. Tepat jam 12.00 malam. Fikir punya fikir nak pulangpun dah larut malam, takut bercampur bimbang, banyak yang di takutkan sebenarnya, kata orang bimbang takut air sungai melimpah, dan satu lagi Kak Awwa fikir malam-malam takut jugak dengan pemandu teksi. Yalah bukan mendoakan yang tak baik, tetapi dalam keadaan sekarang mesti berhati-hati. Bukan takde orang nak datang ambil Kak Awwa, tetapi Kak Awwa tidak mahu menyusahkan mereka.
Ada seorang pemandu teksi tu menyarankan kami tinggal di hotel bajet, sudah cukup baik. Kalau Kota Bharu ke Pasir Puteh malam-malam maunya RM80 terbang. Masuk kampung sikit tentu RM90 mahainya. Sedangkan naik bas dari Pasir Puteh ke kota Bharu hanya Rm5 aje.
!0 Zulhijjah 1429 h
Sambutan aidiladha sungguh meriah, biarpun hujan renyai-renyai, tetapi anak-anak murid ayah tan putus-putus menghantar daging korban. Sampai naik pening bau daging. Kakak ipar Kak Awwa dan kakak sendiri tu memang rajin, biarpun sambutan hari raya haji tetapi diorang memang rajin buat biskut raya. Kuih raya macam raya puasa jugak banyaknya. Bertemu kawan-kawan lama, dan juga Yusnira yang suatu ketika dahulu selalu datang ke rumah Kak Awwa. Dia sudah bertunang dengan pilihan hatinya.
10.12.2008
Tak dapatku di lupakan
Kak Awwa dan suami pemegang kad OKU, ini bermakna tambang bas separuh harga. Masa nak naik bas tu konduktor bas cakap kat ayah dengan bahasa yang agak kurang sopan. " letok tengoh-tengoh sikit beg tuh, oghe lainpun nak letok beg jugok. Berdesing telingga Kak Awwa bila ayah Kak Awwa di tegur begitu. Tak boleh ke kata yang baik sikit dan bermuka manis. Kenapa mesti bermuka masam bila bercakap dengan orang yang sudah berusia? Sedarlah kalau orang-orang yang masih belum mampu beli kereta seperti kami ni tak naik bas takde orang naik bas punya. Biarlah jalan jem macam manapun baiklah naik kenderaan sendiri dari naik bas yang tidak mesra alam. Dan doaku suatu hari nanti kami akan memilikinya juga.
Time nak periksa tiket pulak, dia tu kata lagi...."manonya kanok-kanok takdokpun"...berdesing lagi telingga Kak Awwa. Sepanjang Kak Awwa naik bas balik ke kampung dua kali Kak Awwa di malukan. Kalau nak ikutkan banyak kenderaan awam yang tak mesra OKU. Banyak sudah Kak Awwa lalui pengelaman pahit manis, kalau nak cerita tu tak terlarat.
p/s hidup ini tidak semuanya terlalu indah, pastinya melalui berbagai-bagai dugaan apa lagi insan yang bergelar OKU seperti kami. apa-apapun kami redha........dan semua ini sudah menjadi kebiasaan dalam hidup kami.........yang pasti bukan meraih simpati tetapi mohon mereka di luar sana faham............bukan menyalahkan orang...tetapi ku bercerita dari pengelamanku............
0 comments:
Post a Comment