andai ini takdirnya utkku

Wednesday, December 3, 2008

demam

Alhamdulillah hari ini biarpun kepala masih lagi terasa berdenyut-denyut tetapi Kak Awwa gagahkan juga untuk menjenguk blog. Sudah lima hari Kak Awwa demam dan sakit kepala yang melampau, kini ianya berjangkit pulak kepada suami Kak Awwa. Minggu ini langsung dia tak pergi kerja. Aduhai suratan takdir atau kebetulan,tak pernah lagi rasanya demam serentak. Bayangkanlah tinggal berdua tetapi dua-dua demam dan sakit kepala. Kak Awwa cuma bertahan dengan penadol biarpun Kak Awwa tak suka sangat makan ubat. Tetapi kerana hendakkan cepat hilang sakit kepala Kak Awwa terpaksa telan jugak. Kak Awwa jarang sakit kepala, inipun kerana Kak Awwa terkena hujan ketika membuang sampah petang jumaat itu. Selama ini Hafizlah yang membuang sampah kat luar sana, kalau Kak Awwa tidak lupa pagi-pagi Kak Awwa akan suruh suami Kak Awwa mengambil sampah untuk di buang. Rupanya hujan di sini memang beracun, penuh dengan udara kotor,kalau kat kampung terkena hujan pun tak ada demamnya. Ni musim banjir ni budak-budak main airpun takde demam-demam. Dah serik rasanya terkena hujan........sakitnya menyocok-nyocok sekejap di kepala, sekejap di rusuk kiri dan kanan.

Semenjak akhir-akhir ini teksi kat sinipun jual mahal, kalau kata nak ke UH tu tak mahu pergi tetapi kalau kata nak pergi Kuala Lumpur ke jauh sikit ke terkam pulak nak datang ambik, terpaksalah suami Kak Awwa pergi tahan kat luar sana. Kekadang sedih juga rasa hati ini, kalau orang lain sakit demam ada saudara mara, kawan-kawan.........tetapi Kak Awwa memang tak ada sesiapa. Kalau tidak terlalu terdesak Kak Awwa tak mahu minta tolong kawan suami di Jalan Klang Lama, bimbang takut menyusahkan dia. Dia suami isteri memang boleh minta tolong, tetapi kata suami Kak Awwa selagi dia boleh gagahkan diri jangan menyusahkan orang lain.

Hari ini suami Kak Awwa sepatutnya kena masuk ward,tetapi dia tak mahu,besok nak pergi ambil Hafiz,lepas tu nak pulang kampung lagi. Itulah masalahnya, kalau tahu nak sakit tak ingin Kak Awwa pulang ke kampung. Tetapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan semuanya. Harap dia semakin sembuh, rasanya hari ini baru Kak Awwa menjamah bubur nasi. Tak mahu Kak Awwa makan bubur nasi kalau tak sakit,tetapi nak menelanpun payah sakit tekak, terpaksa jugaklah makan bubur nasi. Alhamdulillah hari ni rasa dah okey sikit, tetapi kesian suami Kak Awwa hanya minum jus buah sahaja.

Rumahpun dah tak terurus, tak ubah seperti tongkang pecah..........besok kalau Hafiz dah pulang senanglah sedikit, minta dia tolong apa yang patut. Ya Allah berilah ketabahan buat kami dalam menempuh segala dugaan kehidupan di rantau orang.........

0 comments: