Rabu 4 Mac 2009 bersamaan dengan 7 Rabiul Awwa 1430 hijriah
Pagi ini dapat sms dari adik ipar memberitahu yang isterinya telah selamat melahirkan anak perempuan. Sebelum ini dia sudah mempunyai tiga orang anak lelaki. Biras Kak Awwa tua setahun dari Kak Awwa, kira sebayalah tu. Entahlah.... memanglah rasa sedih dan hampir menitiskan air mata( tetapi tak sampai menitis lah pulok) kerana betapa mudahnya dia mendapat zuriat. Sedangkan diri ini teringinnya hendakkan seorang lagi zuriat. Sedih memanglah sedih tetapi apa nak buat itukan rezeki dia. Mungkin Allah ingin menduga diri ini, dan mungkin juga suatu masa nanti diri ini juga akan mendapat seorang lagi zuriat. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang sudah ada( Hafiz) tetapi itulah fitrah manusia kalau dah ada anak seorang nak lagi dan lagi dan lagi. Sedangkan di luar sana masih ramai lagi yang tidak mendapat zuriat. Bila membaca kisah dan pengelaman di dalam blog wordpressku terasa betapa bersyukurnya diri ini. Tetapi sebagai wanita memang sudah menjadi lumrah ingin memiliki lebih dari seorang anak.
Tentu ibu mertuaku tersenyum lebar bila mendapat cucu perempuan. Kerana sebelum ini dia memang tidak ada zuriat perempuan. Mungkin akan di belinya rantai dan gelang emas untuk cucu perempuannya.
Emak...tahniah kerana mendapat cucu perempuan. Emak...diri ini cuba sedaya upaya untuk menjadi menantu yang terbaik tetapi apalah dayaku, apa yang ku lakukan hanyalah semampuku sahaja. Maafkan aku kerana tidak dapat memberikan zuriat yang ramai untuk anakmu. Sori beremosilah pula...tulis sayu mayu macam ni pun tak kuar-kuar jugak ayaq mato hehehe.
Untuk adik ipar dan birasku, tahniah kerana setelah tiga kali melahirkan anak lelaki kali ini kalian mendapat anak perempuan pulak, tahniah....tahniah dan tahniah. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.Doakan semoga Kak Awwa juga mengikut jejak kalian.
Ya Allah kenapa hati ini bersedih dan rasa hendak pergi jauh membawa hati, tetapi ke mana? Cewah merajuk ke iri hatiku ini? Eh tidak...tetapi suamiku fahamilah aku ini wanita sedih. Huwaaaaaa akhirnya air mataku tumpah jua.....
Ya Allah kuaniakanlah aku seorang zuriat lagi, untuk mengisi hari-hari sunyiku setelah berjauhan dengan anakku Hafiz. Engkaulah Yang Maha Mendengar Dan Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Andainya Kak Awwa punya wang yang banyak teringin benar hendak pergi ke Mekah untuk melakukan ibadat umrah, ingin melihat kaabah, ingin berdoa di hadapan kaabah. Kerana adik ipar dan birasku melakukan perkara yang sama, kerana setelah dua tahun berkhawin mereka tidak di kurniakan zuriat. Alhamdulillah selepas dia balik dari mengerjakan ibadat umrah rezeki diaorang tak putus-putus, bersyukurlah.
0 comments:
Post a Comment