andai ini takdirnya utkku

Saturday, March 7, 2009

berani kerana benar takut kerana salah

Hafiz menelefon Kak Awwa petang ni, dia tanya ibu ada menulis tentang As Solihin ke? Jawab Kak Awwa yalah kenapa? Takdak apa, kawan Hafiz terjumpa blog ibu. Kenapa ibu bagitahu dalam blog, ibu adalah emak Hafiz? Habis ibu adalah ibu kamu nak. Tak kan nak bagitahu nama Hafiz lain kot? dah memang nama Hafiz adalah Hafiz tak kan nak letak nama Musa ke Umar ke?. Ya.... sebab kawannya kenal gambar Hafiz kalau tidak mengenali Kak Awwa. Sebab itulah kawannya menelefon Hafiz.

Dia seperti tidak senang kalau orang/kawannya kenal yang ibunya menulis tentang As Solihin di dalam blog( Kak Awwa amat faham perasaan dia). Aduhai ibunya tak adalah terlalu buta It
sangat hinggakan tidak tahu berblog( terima kasih kepada ayahmu kerana mengajar kita It dan berblog, manakala kamu sudah punya myspacemu sendiri). Orang tak nampakpun celik It inikan Kak Awwa yang celik. Biarlah kawan kamu ke siapa ke nak masuk ke blog ini di alu-alukan. Sudah menjadi lumrah zaman sekarang orang meluahkan apa yang tidak puas hati di dalam blog. Apalagi inilah dunia ibumu nak...setelah berjauhan denganmu, ibu sudah menjadikan blog sebahagian dari teman ibu. Moga kau mengerti..

Andai kawan kamu ke bekas ustazah kamu ke masuk ke blog ini di persilakan, ianya terbuka untuk sesiapa sahaja. Kamu tak perlu takut kalau orang baca kisah tentang As Solihin tu. Kita berkata benar jadinya tak perlu ada perasaan takut. Berani kerana benar takut kerana salah. Kalau mereka buat kerja dengan betul tidaklah Kak Awwa menulis tentangnya. ( Alamak ingat dah tak nak bercerita tentang ni dah, tetapi tercerita jugak). Bukan maksud untuk memalukan sesiapa, tetapi hanyalah untuk di jadikan pengajaran, agar setiap kelemahan dapat di perbaiki. Jangan hanya memikirkan wang semata-mata, tetapi buat kerja kerana Allah. Nawaitu kerana Allah. Cuba tengok di sekolah-sekolah pondok di Kelantan, betapa mulianya ustaz dan ustazah mereka mengajar tanpa mengharapkan habuan duniawi tetapi mengharapkan balasan pahala dari Allah s.w.t. Nawaitu mereka tidak terpesong sebab itu lah keberkatannya tetap ada.

Berat mata memandang, tetapi berat lagi bahu kita yang memikul. Yang terkenanya kita.
Kak Awwa faham dia mungkin malu dengan kawannya, apabila membaca luahan hati ibunya ini. Tetapi hanya ini saja yang termampu ibu lakukan nak. Kamu mungkin masih belum mengerti bagaimana perasaan seorang ibu. Tetapi ibu percaya bila kamu bergelar ayah nanti kamu akan faham bagaimana perasaan ibu dan ayah. Tetapi ibu dan ayah sentiasa gembira dan bahagia kerana adanya kamu di dunia ini. Bersyukurlah kamu kerana masih mempunyai ayah dan ibu biarpun ayah dan ibumu tidak sesempurna orang lain. Tetapi demi kamu ibu dan ayah sanggup berkorban apa saja, asalkan kamu bahagia. Kamu harus ingat kawan semasa senang memang senang dapat, tetapi di saat kita susah inginkan bantuan memang payah. Yang bersusah payah ke sana ke mari ayah kamu juga nak.

Belajarlah rajin-rajin demi masa depanmu nak. Ayah dan ibu sentiasa mendoakan mu. Biar apapun dugaan yang harus kita tempuhi, kita laluinya bersama biarpun ianya terlalu payah. Namun ibu percaya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Dia selalu menolong kita di saat kita dalam kesusahan. Semoga Allah permudahkan segalanya.


Aishah

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu


p/s lagu ni di tujukan khas untuk ibuku tercinta

0 comments: