andai ini takdirnya utkku

Monday, March 2, 2009

Meniti usia..sunyi

Semenjak akhir-akhir ini Kak Awwa banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Kalau dulu Kak Awwa suka berada di luar rumah apa lagi kalau pagi-pagi. Sekarang ini agak jarang. Cuma sekali sekala kalau teringin hendak makan buah mangga muda Kak Awwa cuma mengambil buah yang agak rendah. Lainlah kalau Hafiz ada di rumah dia akan memanjat pokok mangga. Mungkin sudah rezeki buahnya lebat, tetapi sayangnya gugur begitu sahaja. Sesekali Kak Awwa buat jeruk.

Bukan tak banyak aktiviti di luar rumah, tetapi Kak Awwa tak tahan dengan nyamuk. Memang di sini banyak nyamuk. Apa lagi banyak pokok-pokok yang masih belum di tebas tebang. Sudah beberapa kali di bagitahu orang yang berkenaan supaya datang menebas pokok-pokok tetapi diorang cuma datang mesin rumput sahaja. Nak buat sendiri tak terlarat dengan kudrat kami. Terfikir juga hendak pindah dan cari rumah sewa kecil-kecil( sebab tak larat mengemas rumah ini terlalu besar bagi kami yang cuma tinggal dua orang sahaja). Tetapi tidak tahu di mana lokasi yang sesuai. Di Kampung Pandan mungkin berdekatan dengan masjid. Itupun tunggu beberapa tahun lagi kerana rumah yang kami hendak sewa(rumah kawan suamiku) sudah di sewa orang. Beli rumah sendiri atau buat rumah di kampung? Bila di fikir-fikir suka buat rumah dan tinggal di kampung. Jadinya kalau berhabis duitpun buat rumah kat kampung. Tetapi bilalah agaknya hendak balik menetap di kampung? Tunggu pencen ke atau berhenti kerja awal? Lama lagi tu, pencen usia 58, sedangkan usia macam tu baik duduk buat amal ibadat dari duk memikirkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Tetapi apa nak buat, kalau dah stabil memang dah lama tinggalkan Kuala Lumpur ini.

Atau bila sudah pencen balik tinggal di pondok Pasir Tumbuh? Insya Allah. Kata suamiku dia tidak kisah tinggal di mana-manapun asalkan dekat dengan masjid dan ada talian internet. Erm itulah yang bermain di kepala.

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana Hafiz seronok tinggal dan belajar di Kota Bharu, dapat kawan-kawan baru. Ada empat orang pelajar dari Kuala Lumpur. Kalau Hafiz nak pulang ke sini dia akan pulang bersama kawan-kawannya. Dia teringin sangat berdikari untuk pulang sendiri. Kesian Hafiz terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Tetapi apa nak buat semuanya demi kebaikan dia juga. Di sana semoga dia akan bermuhasabah diri belajar dengan lebih tekun lagi.

Kalau nak ikutkan dia tak mahu balikpun tidak mengapa cuti sekolah ni, dia boleh balik ke Pasir Puteh. Tetapi erm dia pasti rindukan ibu dan yang paling membuatkan dia rindu ialah komputer dan internet. Tahu sangatlah tu.....dia rindu kat myspace dia. Setiap kali dia berinternet Kak Awwa dan ayahnya memang pantau bimbang takut dia pergi ke tempat lain. Kekadang kita chek balik apa yang dia tengok. Huh... bimbang zaman sekarang ni, macam-macam ada kat internet ni. Tetapi buat masa sekarang alhamdulillah tak ada benda yang pelik-pelik. Kalau ada hmm dia kena tahan telinga mendengar ceramah panjang dari kami. Dia sudah remaja, memang budak yang sedang meniti usia remaja dia ingin mengetahui banyak benda. Kita sebagai ibu bapa patutlah menasihatinya( takut bila baca kat Metro budak-budak muda dari Hafiz main game yang bukan-bukan). Jadilah remaja yang berakhlak mulia anakku...

Kak Nurul( emak kawan Hafiz di As Solihin) mengirim sms memberitahu hari ini dia hendak keluarkan anaknya dari As Solihin. Harap apa yang berlaku kepada Kak Awwa tidak akan berlaku kepadanya. Semoga Allah memberi kesedaran kepada mereka-mereka itu. Tutup buku tak mahu ingat dah kenangan Hafiz di As Solihin.

Sunyi sudah pastinya sunyi bila berjauhan dengan anak tercinta. Tetapi mungkin Kak Awwa sudah biasa tidak ketara sangat. Alangkah bahagianya kalau Hafiz ada seorang adik. Tetapi apakan daya belum ada rezeki. Mungkin sudah di takdirkan Hafiz tidak ada ada beradik( tetapi kalau dah rezeki tak kemana). Mungkin Hafiz akan ikut jejak ayahku yang di lahirkan sebagai anak tunggal. Tetapi alhamdulillah anak cucu cicit ramai.

Bila kenangkan Hafiz beribu bapakan kami sedih. Banyak benda yang membuatkan kami sedih. Tetapi dengan kasih sayangNYA Hafiz besar juga. Semoga menjadi permata hatiku penyejuk mataku....hingga ke penghujung usia kami. Sehari tidak mendengar suaranya pasti rindu serindunya.

Soalan-soalan sama Hafiz sudah makan? Hafiz sihat? Makan nasi lauk apa hari ini? Bagaimana pelajaran? Lalu diapun akan bertanya soalan yang sama juga kepada ibunya. Ibu sihat, ayah sihat? Hari ini Hafiz makan nasi ayam masak sambal, gulai ayam, tomyam, ikan dan sebagainya. Dia akan bercerita tentang pelajarannya, kawan-kawannya. Ahh kalau bercerita tidak habis.

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

0 comments: