Untuk pertama kali dalam hidup anakku pulang sendiri dari Kelantan ke Kuala Lumpur malam ini. Selalunya bersama ayah dan ibu tetapi sekarang anakku harus belajar berdikari. Semoga selamat anakku. Insya Allah esok kita akan bersua. Sebulan lebih tidak bertemu dengannya. Semoga Allah akan menyelamatkan perjalananmu. Alhamdulillah syukurlah kerana ada teman-teman yang pulang bersamanya. Tidaklah bimbang sangat. Pandai-pandailah bawa diri anakku.
Terima kasih kepada ustaz-ustaz yang prihatin menghantar Hafiz dan rakan-rakan ke stesyen bas Jalan Hamzah malam ini. Terima kasih juga kerana membeli tiket untuk pelajar-pelajar dari Kuala Lumpur. Semalam ada sambutan Maulidul Rasul besar-besaran di sana. Alhamdulillah kerana anakku berpeluang merasai suasana sebegitu. Itulah hikmahnya penghijrahan ini. Semoga Allah permudahkan segalanya......
2 comments:
salam awwa,
wah seronok awwa buah hati sudah sampai..
berapa lama hafiz cuti?
sabar-sabarlah ya awwa. hafiz pun dah besar, dah boleh berdikari. Nanti dia boleh selalu-selalu jengok awwa, kunjungi atuk nenek dia, kan..
Salam kak wan
hafiz cuti seminggu lebih je..yalah kak wan biarlah dia cepat besar senang mak ayah dia....
Post a Comment