Hampir seminggu lebih menyepi, bukan di sengajakan tetapi banyak perkara yang harus di selesaikan, apa lagi bila berjauhan dengan anak tercinta. Kuala Lumpur Kelantan sudah rasa seperti nak pergi Pasir Puteh ke Kota Bharu. Rasa semakin dekat dan dekat.
26 Mac 2009 untuk pertama kali Kak Awwa pulang bersama Hafiz dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh, tujuannya bukan sahaja untuk menghantar Hafiz pulang ke asrama tetapi untuk menziarahi mek dan ayah yang semakin uzur.
Barangkali pada orang lain bukan sesuatu yang pelik pulang tanpa suami, tetapi bagi Kak Awwa inilah pengelaman pertama pulang ke kampung di temani anak. Kak Awwa ni kan OKU, selalunya hendak kemana-mana sahaja bersama suami, tetapi kali ini bersama Hafizku, ya dia sudah besar mungkin sebab itu ayahnya mengharapkan dia menjaga ibunya.
Kalau nak ikutkan memang meletihkan naik bas seharian dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh tetapi demi hendak pulang ke kampung rasa letih dan penat hilang begitu sahaja. Kak Awwa amat berterima kasih kepada pamandu bas yang baik hati kerana mengizinkan Kak Awwa duduk di tempat yang paling depan sekali untuk memudahkan kak Awwa turun. Memang kalau nak ikutkan sudah ramai pemandu-pemandu bas yang Kak Awwa temui, berbagai perangai. Tetapi kali ini pemandu bas ini agak baik. Tak rugi berbuat baik sesama kita, kelak Allah akan membalas segala kebaikan kita.
Tepat jam 5.30 setelah puas pusing dari Machang ke Jertih pusing balik ke Pasir Putih akhirnya sampai juga, alhamdulillah ada abang yang menunggu untuk membawa Kak Awwa dan Hafiz pulang ke kampung. Sampai di rumah, ramainya orang perempuan dan kanak-kanak. Rupanya di rumah ada kenduri maulidul rasul. Kalau nak ikutkan hari itu adalah hari terakhir bulan Rabiul Awal.
Malam di penuhi dengan tetamu dan para undangan untuk berselawat. Betapa meriah dan harmoninya hidup di kampung, saling tolong menolong dan hormat menghormati di antara satu sama lain, bagaikan saudara biarpun hanya berjiran.
Tetapi biasalah orang kampung ini suka bertanya itu dan ini dan kekadang suka membandingkan itu dan ini. Soalan-soalan wajid "Hafiz sekolah di mana"? Ada yang suka Hafiz sekolah agama dan ada yang kata bila bersekolah agama/tahfiz susah nak dapat kerja dan sebagainya. Padahal rezeki ajal dan maut telah di tentukan oleh Allah s.w.t sedari azali lagi. Insya Allah biarlah rezeki sedikit asalkan halal,berkat bersih dari riba insya Allah hidup akan bahagia. Apalah gunanya harta yang melimpah ruah andainya hati tidak tenang. Bukan salah memiliki kekayaaan tetapi biarlah asalkan berkat dari berbagai sudut.
Itulah pandangan sesetengah orang kampung,bukan sahaja orang kampung tetapi ada juga adik beradikku yang bersikap demikian. Mereka fikir anakku nan seorang ini akan rugi bila bersekolah aliran ugama/tahfiz tetapi padaku dan suami insya Allah terasa tenang jiwa dan bahagia anak bersekolah di aliran itu. Itu pandangan masing-masing, berbeza-beza. Malahan dua orang anak buahku Zulaikha dan Husna yang bersekolah arabpun di kata orang. Kesiannya hantar anak sekolah arab, nanti susah nak dapat kerja, apa lagi pandangan orang kepada anakku. Tetapi adik iparku yang mengajar bahasa arab di Penang susah hendak bertukar ke sekolah lain kerana tak ramai guru yang menguasai bahasa arab.
Tetapi tidak pada suamiku, dia kata biarlah Hafiz ikut jejak langkah arwah ayahnya menguasai bahasa arab dan belajar di Mekah. Biarpun Hafizku tidak sampai ke tahap itu tetapi semoga akan terkena tempias juga. Ilmu dunia bila-bila masa sahaja boleh di cari, zaman sekarang ni warga emas umur 70 puluh tahunpun kalau ada kemahuan masih boleh belajar. Tetapi ilmu ugama semakin di tinggalkan dia akan tinggal kita jauh dan semakin jauh. Biarlah melentur buluh dari rebungnya kalau dah menjadi buluh sukar untuk di bentuk. Mungkin lalui sukar yang kami lalui ada hikmah di sebaliknya. Dia telah mengatur segala perjalanan hidup ini. Insya Allah sekali kaki melangkah tidak akan menoleh kebelakangan lagi biarpun seribu rintangan yang mendatang. Allah maha mengetahui....
29 Mac pulang ke Kuala Lumpur, punyalah lamanya tunggu bas, janji pukul 8 lebih tetapi sampai kul 11.00 lebih. Kata pemandu bas di Kota Bharu jam teruk maklumlah malam tu ada pesta lampu-lampu untuk sambutan ulang tahun keputraan Sultan Kelantan. Jam 12.00 malam masih lagi duk kat Machang. Nasib baiklah sempat solat subuh di rumah. Belum pernah lagi sampai ke Hentian Putra jam 6.00 pagi.
P/s kalau nak ikutkan kata orang tak aman hidup ini, sebab manusia akan menjadi hakim melebihi segalanya, padahal yang lebih mengetahuinya adalah Allah s.w.t.
Nur Tuhan
Album : Penawar Hati
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi
Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan
Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi
Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan
0 comments:
Post a Comment