Dua tiga hari lepas Hafiz telefon Kak awwa katanya dia tak ada selera makan dan muntah-muntah. Hati ibu mana yang tidak risau bila anak mengadu demam dan muntah. Kak Awwa tahu Hafiz kalau tak sihat dia akan muntah dan tak ada selera makan.
Malam jumaat suami Kak Awwa ke Kota Bharu lagi. Niat hati hendak ikut sama tetapi faham-faham sajalah. Hidup mesti ada pasang surutnya, kekadang ekonomi yang tidak mengizinkan. Lagipun kalau Kak Awwa nak pergi ke satu-satu tempat banyak mengunakan perkhidamatan teksi. Kalau suami Kak Awwa turun naik baspun tak apa.
Pagi ini suami telefon katanya Hafiz demam di tumbuhi bintik-bintik merah seperti ruam. Sahlah itu campak kerana inilah pertama kali Hafiz terkena campak. Kata orang campak ni akan kena juga sekali seumur hidup kepada individu. Memandangkan Hafiz tidak pernah terkena campak Kak Awwa rasa agak sedih jugak sebab dia di sana faham-faham sajalah cuma ada kawan-kawan. Siapalah yang hendak tolong sapukan ubat di belakangnya? Menurut kata Kak Za, campak ni gatal jugak dan berjangkit. Kalau balik di kampung boleh mandikan dengan air mambu dan minum air kepala muda. Tetapi di sana entahlah kasihannya anakku. Nak bawak pulang kata ustaznya tak apa kami jaga apa yang patut. Kalau ada apa-apa ustaz akan hubungi keluargaku di Kelantan.
Itulah dugaannya bila berjauhan. Entah bilalah semua ini akan berakhir, berjauhan,berkorban, sunyi sepi, kosong dan entahlah macam-macam yang Kak Awwa rasa bila berjauhan dengan anak. Ni waktu dia di alam persekolahan bila meningkat dewasa ke alam universiti insya Allah( mudahan masin mulut ibumu ni nak) dan berkhawin. Adakah masa itu aku akan sepi lagi? Entahlah....
~Ya Allah sembuhkanlah penyakit anakku...di saat seperti ini hanya padaMu tempat aku berserah. Panjangkanlah umur anakku~
0 comments:
Post a Comment