andai ini takdirnya utkku

Monday, October 5, 2009

cerita lepas raya


Sejak dua menjak ni Kak Awwa rajin sangat pergi cari web jualan tudung, kain dll. Memang menyeronokkan, rasa seperti Kak Awwa pergi shopping walau hakikatnya hanya petik di hujung jari memang berbaloi-baloi mencuci mata walaupun tak membelinya. Kak Awwa pernah sekali beli tudung on line. Sehelai RM 35 di campur dengan skynet RM49 lah. Dekat raya baru-baru ni suami Kak Awwa belikan dua helai tudung yang sama tetapi jenis kain berbeza RM 10 je(kita pakai yang murah-murah je). Memanglah kalau mahalpun sebab nak kena bungkus, pos dll lagi. Tetapi yang tak best tudung-tudung ni tak melepasi dada, kena pakai selendang lain kalau adapun tak banyak.

Kalau di sebut tentang tudung ni nak menangispun ada, sebab raya hari tu suami Kak Awwa(suami lagi hehehe siapa lagi nak belikan, tahun ni Kak Awwa tak gi shopping rayapun) belikan sehelai tudung Dato Siti untuk di pakai di majlis perkahwinan Nurul Syuhada, tetapi impian itu tidak kesampaian. Memang Kak Awwa suka sangat dengan tudung sarung CT. Apa nak di malukan wanita yang berumurpun masih memakainya lagi. Kakak Kak Awwa yang berusia 45 tahunpun masih memakai tudung fesyen lagi. Cuma kakak ipar Kak Awwa iaitu Kak Za suaminya(abang saya)tidak benarkan dia memakai tudung fesyen-fesyen cuma tudung labuh je) manakala anak-anaknya pulak tidak di benarkan sama sekali memakai seluar panjang baik di rumah dan di luar rumah. Tetapi ayah Kak Awwa pulak dia tidak kisah asalkan pakai baju labuh kalau berseluar. Erm alahai kesian kat tiga orang anak gadisnya tu. Duk kat rumah depan ayahnya bolehlah, bila dah masuk U entahlah.... pakailah anak-anak asalkan tidak melampai batasan ugama, asalkan aurat terjaga. Nak kata hulu tak duduk di hulu hehehe orang hulupun lebih dari orang KL pakaiannya . Opss terlari dari tajuk asallah pulak.....


Syawal dah nak habis dah puasa gantipun bermula, kuih raya dan habukpun masih ada lagi (badanpun naiklah berkilo-kilo). Yang tak dapat di lupakan hari Hafiz nak balik Kelantan teringgal dua tiga jenis kuih raya. Itulah kalau dah kita terlupa semuanya terlupa, kalau kita tak pesan tak ambillah dia walaupun dia tahu itu bekalannya terkilan sangat. Lain kali kena letak beg yang nak di bawak kat pintu baru tak tertinggal sedihnya................

November tak lama lagi datang menjelma raya korban/haji pulak tentu ramai bakal jemaah haji sedang bersiap-siap untuk ke Mekah. Kak Awwa ni bilalah lagi agaknya ya? Moga-moga impian akan tercapai jua suatu hari nanti amin. Tak salah kalau berangan kearah kebaikan kan. Raya korban kat sini sajalah nampaknya Tak apalah nak buat macam mana, sudahlah aidilfitri hari tu di sambut dengan kesedihan semoga ianya tidak akan berulang lagi..............

3 comments:

tudung raya saya pun cuma 2 helai aje en hubby belikan, jadilah :)

p/s - tips merawat emosi yg Iman kongsi tu, insyaallah akan saya amalkan. terima kasih sgt.

salam kak, sy pun minat ngan tudung, kalo gi memana mesti singgah tgk tudung jap :)

Salam Lara dan Maiyah...

Minat tudungpun boleh jadi teapi jugak kan..lagipun tudung sekarang cantik2..bukan tak da yg besar tp mahai2 hehehe..kalau beli sehelai rasa macam tak cukup..kalau beli yg kecik2 murahlah pulak..tp macam tudung anak sedara pakai pulak keciknya..kita ni dahlah badan besar gak alahai...Lara saya bagitau lara apa yg telah sy amalkan..amalkan tiap pagi malam dan siang Insya Allah dapat rasa perbauah emosi,rasa tenang dan gembira...