Ketika suami Kak Awwa buka gate hendak pergi kerja dia ternampak satu kotak. Bila di buka ada seekor anak kucing yang masih baby lagi sedang mengeow. Di dalamnya lengkap dengan botol susu yang berisi susu dan satu plastik susu untuk anak kucing. Mungkin agak kelaparan Kak Awwa pakai sarung tangan dan susukan "baby" tu. Itupun masih mengeow dengan nyaring, mungkin rindukan ibunya kot. Entah siapalah agaknya yang letakkan kucing tu, mentanglah-mentanglah rumah ini hujung sekali ingat tempat buang kucing ke. Nanti petang nak panggil SPCA biarlah mereka merawatnya kerana Kak Awwa tak mampu nak jaga baby tu. Kak Awwa tak tahan bau najisnya nanti membuatkan Kak Awwa sesak nafas. Kalau arnab okeylah jugak. Tetapi kalau tinggal di kampung mestilah hendak pelihara kucing sebab ianya bebas.
Kalaulah itu bayi manusia apalah agaknya Kak Awwa nak buat ya? Tentu Kak Awwa gementar dan takut. Maklumlah tidak pernah terjadi dalam hidup Kak Awwa. Mungkin juga kalau di beri kepada Kak Awwa, Kak Awwa akan mengambilnya sebagai anak angkat. Ya Allah jauhnya Kak Awwa berangan.
2 comments:
hehe.. macam kat umah sy gak org buang kucing, skrg dah besar dan cantik :)
kat si ni tak leh nak bela kucing maiyah..takut tak terjaga sbb kak awwa alahan bau kucing...sesak nafas..
Post a Comment