andai ini takdirnya utkku

Wednesday, October 31, 2007

~Van sesat N misteri???~

Selasa 30 Oktober 2007Anakku pergi lawatan ke Kl Tower, Eye on Malaysia seperti biasalah aku bersendirian di rumah. Nak jadi ceritanya ketika balik kampung hari tu dia tertinggal jaketnya...di dalam jaketnya ada kunci yang selalu dia bawak ke sekolahnya. Dah kuncinya tertinggal di kampung aku tak bagi dia kunci pagar ketika ke sekolah. Faham-faham sajalah aku ni bagaimana nak bergerak ke pagarpun aku tak larat...jadinya untuk memudahkan dia jugak aku sediakan dia kunci..tetapi tertinggal pula.Tepat jam 5.20 petang aku dengar seperti ada orang buka pagar/gate( orang Kelate panggil pagar jah) rumahku tanpa berlengah aku menjenguk keluar tingkap ada sebuah van berwarna putih memasuki halaman rumahku. Seperti biasalah aku cepat menutup langsir dan segala tingkap yang terbuka perlahan-lahan....

Monday, October 29, 2007

~OpEn HuoSe di Rumah EpeL

Assalamualaikum...Semenjak pulang dari kampung minggu lalu aku agak jarang membuka komputer dan berkongsi cerita dengan kalian. Entahlah sejak akhir-akhir ini rasaku bagaikan aku mengejar masa...terlalu sibuk dengan tugasan rumah tangga yang tidak pernah habis- habis. Mungkin itulah sebabnya mengapa aku malas hendak bercerita di sini. Lagipun apalah sangat ceritaku tidak ada apa yang menariknya. Hari ahad lepad 28.Okt 2007 aku dan famili ke rumah Epel bersama dengan Lea dan anak-anaknya. Walaupun dalam keretanya sarat dengan kami dan anak-anaknya akhirnya sampai juga ke rumah Epel. Ramainya kawan-kawannya tak putus-putus datang. Niat hati pada mulanya hendak berlama di rumahnya..memandangkan mungkin ini pertama dan terakhir kami ke rumahnya..faham-faham sajalah aku ni bagaimana kan.... tetapi...

Tuesday, October 23, 2007

~Tak tau nak citer apa~

Assalamualaikum....apa khabar anda semua? Agaknya masih lagi dalam suasana hari raya. Aku seperti biasa sajalah...cuma raya kali ini agak meriah dapat bersama ayah,emak dan keluarga semua. Dapat bertemu sanak saudara yang jauh dan dekat datang bertandang sehinggalah ke hari terakhir aku di kampung. Begitulah betapa akrab dan kuatnya ikatan silaturahmi di kalangan masyarakat kampung. 13 Okt 2007 1 syawal hari sabtuRaya pertama terpaksalah aku beraya sorang-sorang di PJ, seperti biasa sunyi sepi. Sementara suami dan anakku pergi beraya di rumah teman lama kami di Rawang. Bukan tak nak ikut tetapi banyak benda yang hendak di lakukan di rumah. Hendak kemas kain baju kuih muih dan berbagai lagi untuk di bawa balik ke kampung. Walaupun bersusah payah tetapi itulah yang paling aku utamakan.Tepat...

Friday, October 12, 2007

~Air mata syawal.... sayunya...

13 Oktober 2007 1 syawalAssalamualaikum....selamat hari raya buat teman semua. Rayaku di Kuala Lumpu...eh di Pj. Barangkali semua orang sedang bergembira di samping sanak saudara...tetapi diriku seperti biasa pagi tadi tepat jam empat pagi aku bangkit dari tidur siap seadanya. Setelah suami dan anakku ke masjid negara aku bersolat hari raya seorang diri di rumah. Sunyi sepi...walaupun sebelum ni aku sudah dengat takbir raya di youtube..tetapi bila tibanya hari raya hatiku benar-benar pilu dan sayu terkenangkan ayah dan emak di kampung. Air mata pulak rasa seperti nak tumpah aje huwaaa...akhirnya menitis jugak tatkala dengar takbir raya... Terbayang ketika aku menyambut lebaran di kampung betapa meriahnya berkumpul bersama sanak saudara menjamu selera. Tetapi di saini hambar huwaaaa....sedih...

Wednesday, October 10, 2007

~Kad Raya istimewa buat teman~

Ni kad sambut ramadhan..tetapi ianya menarik..boleh di jadikan kad raya gak ni hihihi. Akupun dah lupa copy kat mana. Andainya tuan empunya kad ini tersinggah di sini...aku mohon maaf kerana mengambil tanpa kebenar...

Tuesday, October 9, 2007

~Selamat pulang ke kampung~

~Alangkah seronoknya dapat mencium tangan ayah dan ibu di pagi hari raya~Assalamualaikum...Di saat orang lain sibuk-sibuk hendak balik ke kampung hatiku di himpit sayu...apa lagi bila dengar lagu-lagu raya sedihnya rindu kat halaman. Agaknya sudah ramai teman-teman blogger sudah selamat sampai ke kampung....atau yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung masing-masing. Seperti biasa aku beraya di sini...insyaallah kalau di panjangkan umur sampailah aku hari raya kedua ke kampung halamanku. Kepada teman-teman yang sudah selamat sampai ke kampung semoga anda berbahagia bertemu dengan famili masing-masing...kepada yang dalam perjalanan berhati-hatilah...

Thursday, October 4, 2007

~Selamat Hari raya aidilfitri..selamat tinggal ramadhan~

Assalamualaikum...kepada semua saudara saudari muslimin dan muslimat salam aidilfitri ku ucapkan...serta maaf zahir dan batin. Kepada teman-temanku semua..alhamdulillah kerana bertemu lagi kita dengan 1 syawal yang mulia..betapa sayu rasa hati ini kerana ramadhan akan pergi jua....tahun hadapan entah jumpa atau tidak. Semoga kita semua di panjangkan umur dan dapat lagi bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia.Andai Ini Ramadhan Terakhir Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali Buatmu...

Wednesday, October 3, 2007

~Tribut buat Nurin Jazlin Jazimin~

Assalamualaikum...walaupun sudah seminggu lebih adik Nurin Jazlin pergi meninggalkan kita tetapi hari ini hatiku bagaikan di pukul pilu, sesungguhnya kisah tragisnya masih kita terasa. Hari-hari ku baca di blog Nurin...hatiku benar-benar hiba dan sebak..apa lagi bila aku melihat gambar-gambar comelnya. Sebagai tanda kasihku kepada adik yang tidak pernah ku kenali ini..tetapi ku kenali namanya wajahnya di dalam akhbar...aku mohon untuk mengupdatekan gambarnya dan gambar persekitaran di hari pengkebumiannya. Kalau diikutkan aku banyak menerima gambar-gambar yang lebih menyayat hati..tetapi biarlah untuk simpanan sendiri. Di sini hanyalah gambar...

Monday, October 1, 2007

~Ceritaku lagi~

AssalamualaikumTiada apa-apa cerita yang menarik bulan-bulan puasa begini. Cuma kalau tak update rasa seperti blog ini di tinggalkan. Nampaknya bahang hari raya dah terasa...lagu-lagu raya agaknya dah lama berkumandang. Dari blog ke blog ku kunjungi juga blog yang tidak seberapa ini di selitkan dengan lagu-lagu raya. Malam jumaat lepas aku dan famili berbuka puasa di rumah kawan seopis suamiku di Jalan Klang Lama. Sembang-sembang tak sedar jam dah pukul sembilan malam. Terlepas terawih di masjidlah mereka malam tu. Tak mengapa katanya...ketika mula-mula ramadhan ramailah yang datang terawih. Tetapi sejak akhir-akhir ini semakin kurang. Habis banyak ada empat saf saja. Begitulah orang semakin sibuk hendak menyambut hari raya. Tetapi bagiku tidak ada apa-apa yang perlu di buat dan perlu di...