Assalamualaikum
Pagi-pagi lagi aku dah ke blog orang, aku ke blog Chef atau novelis terkenal Norzailina tajuknya berkenaan dengan Budin? Siapa Budin? aku lagilah tak kenalnya siapa dia..kerana aku tak ramai mengenali teman-teman blogger,aku tak kenal siapa Uncle J dan sesiapa saja kalau kenalpun gitu-gitu aje, tapi aku kenal KS, Epel, fida, Keshi Musafir Minda itu sajalah kot kerana kami pernah jumpa, yang paling rapat dengan Epellah. Aku sebenarnya bukan tak nak tegur mereka...tetapi entahlah walaupun menyapa di cboxpun kekadang aku segan. Aku suka menegur orang yang menegur aku bukan bermakna aku tidak open orangnya....tetapi entahlah. Tetapi kalau jumpa galak juga aku bercakap huhuhu.
Semenjak dari blogmyway lagi aku kenali nama Nicolekidman, tetapi aku tak kenal siapa dia kerana dia tidak mahu memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar? Adakah dia orang yang aku kenal? kalau boleh aku nak kenal siapa dia yang empunya nama Nicolekidman. Hmm itu sajalah wahai Nicolekidman..perkenalkan dirimu boleh tak? Maaf ya sekadar ingin kenal sahaja........
0 comments:
Post a Comment