andai ini takdirnya utkku

Wednesday, January 30, 2008

bulan purnama

Hobi aku merenung bulan, selalunya jendela di kamarku tidak pernah aku tutup biarpun di waktu malam kerana aku ingin melihat bulan dari celah-celah pokok jambu batu di belakang rumahku. Memang indah ciptaan tuhan di kurniakan hamba-NYA bulan dan matahari. Aku juga suka melihat matahari yang terbenam...memang cantik. Teringat lagu dari Allahyarham Tan Sri P Ramlee kau laksana bulan. Aku suka lagu tu.....Aku akan tersenyum girang bila aku dapat melihat bulan di sebalik jendela kamarku. Aku pasti akan berlama di situ melihat bulan. Bulan dikau selalu menemaniku di saat aku rasa kesunyian. Hadirlah wahai bulan menemaniku selalu. Kekadang jiwa...

Besok Hafiz pulang

Kalau nak di ikutkan 6 Februari ini genaplah sebulan anakku Hafiz tinggal di asrama. Besok merupakan hari wilayah, anakku akan pulang ke rumah. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku bertemu dengannya setelah tiga minggu aku tidak melihat wajahnya dek kesukaran aku untuk ke sana, hanya berbual melalui telefon sahaja tatkala ayahnya pergi menjenguknya. itu sahajalah untuk melepaskan rindu ini...Hari sabtu lepas suamiku pergi menghantar jug untuk masak air. Bila dia menelefon aku berlainan sekali suaranya seakan serak kedengarannya. "Hafiz tak minum air ke? Hafiz kurang minum air tu, Hafiz batuk ke?" Selalunya kalau di rumah akulah yang menyuruhnya minum air suam banyak-banyak, kerana dia kalau kurang air batuknya tak henti-henti. Itulah yang merisaukan aku."Hafiz batuk sikit-sikit aje ibu...suara...

Sunday, January 20, 2008

Wajah-wajah sayu hafiz

ya Allah jadikan anakku anak yang soleh dan hambaMU yang bertakwaHidup ini memerlukan pengorbanan, berkorban apa saja harta ataupun nyawa. Biarpun perjalananmu masih lagi jauh tetapi ibu tetap mendoakanmu anakku.......Relaku menunggumu sampai ke akhir hayatku.............semoga menjadi INSAN.........

Saturday, January 19, 2008

Ya Allah! hamba MU ini hampir berpatah hati!

Sememangnya manusia itu bersifat dengan segala kekurangan, namun kekurangan tersebut tidaklah menyebabkan ia berasa berpatah hati atau berputus asa dengan ujian yang melanda, maksud firman Allah;"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "Surah Aali Imran ayat 139.Semalam 19 Januari 2008 bersamaan dengan 10 muharam niat hati hendak pergi menziarahi anakku di asrama, tetapi ku hanya merancang tuhanlah yang menentukan, kemana aku hendak pergi mesti aku bergantung dengan suamiku 100%. Dari mencari teksi pergi dan balik begitulah...

Monday, January 14, 2008

sunyi sepi

Bila hati ini di ulit rindu kepada anakku tercinta maka inilah sahaja temanku di kala kesepian menghimpit diri. Ku pandang kanan kiri engkau tiada...air mata menitis laju di pipi. Inilah akibat rindu kepada anakku...sedih pilu terasa kosong seolah-olah dia pergi begitu jauh, biarpun dekat. Seminggu sekali (pun belum tentu dek kepayahanku) pertemuan tidak dapat untuk mengubat rindu dendamku kepada anakku. Sudah seminggu lebih dia tinggal di asrama. Setengah jam bersamanya terlalu singkat namun apakan dayaku rindu ini tidak akan padam sampai bila-bila. Aku akan terus menanti dan menanti, tiga tahun, lima tahun dan selamanya selagi nafas belum terhenti. Seperti biasa bila aku on komputer aku terus ke blog orang tak kira yang aku kenal dan yang tidak aku kenal. Kalau ada bahan cerita yang menarik...

Saturday, January 12, 2008

jauh di mata dekat di hati

Hati ibu mana yang tidak rindukan anaknya? apa lagi anak yang tidak pernah berpisah dengan ibunya? Hari ini aku dan suamiku pergi menziarahi anakku. Kalau nak di ikutkan suamiku kerja hari ni, tetapi kerana aku sudah tidak tahan menanggung rindu kepada anakku, aku hendak ke sana juga. Naluri seorang ibu dapat merasakan yang anaknya juga merindui ibunya. Begitulah anakku sebaik ayahnya ke biliknya terus bertanya ibunya, bila saja si ayah mengatakan si ibu datang bersama, dia bergegas turun dari tingkat tiga menuju kearahku. Begitulah kasihnya anak kepada ibunya. Belas hati melihat anakku tatkala dia melihatku dia menangis sambil memelukku, dia menangis kerana rindu kan ibunya. Tetapi dia mengerti kepayahan ibunya untuk bertemu dengannya. Dia menangis kerana terlalu rindu bukannya kerana tak...

Tuesday, January 8, 2008

~Doa akhir tahun~

SALAM MAAL HIJRAH 1429 Semoga azam pada tahun ini akan tercapai hendaknya. demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugiaan melainkan orang yang beramal soleh. Dengan hadirnya tahun baru 1429 hijrah ini nampaknya bertambahlah lagi umur kita. itulah putaran masa terlalu pantas berlalu. Semoga sisa-sisa umur yang di pinjamkan ini tidak ku sia siakan. mudahan di tahun ini akan lebih baik berbanding dari tahun yang lepas. Apa yang aku harapkan semoga ada perubahan dalam diri ini seiring dengan usia yang semakin meningkat. Dari yang tak baik menjadi lebih baik insyaall...

Wednesday, January 2, 2008

~Hari pertama persekolahan nostalgia lama~

Assalamualaikum....Posting pertamaku di awal tahun 2008, tiada apa cerita yang menarik yang hendak aku kongsikan bersama kalian dek kesibukan mengurus keperluan anakku untuk memasuki ke asrama pada 6.1.2008 ahad ini. Rupanya banyak keperluan yang hendak di siapkan maklumlah ini pertama kali pengelaman menghadapi anak hendak ke asrama tentulah banyak yang perlu di sediakan. Hmm..nampaknya inilah pengelaman pertama dan terakhirku mengalami detik-detik begini. Tetapi tidak tahulah kalau di izinkan tuhan aku masih lagi melalui detik-detik indah ini untuk kali kedua dan seterusnya insyaallah.Hari ini merupakan hari pertama persekolahan untuk penggal satu sessi persekolahan 2008. Tentunya ibu bapa sibuk menghantar anak-anak mereka yang baru melangkah ke alam persekolahan. Terkenang saat Hafiz...