Sememangnya manusia itu bersifat dengan segala kekurangan, namun kekurangan tersebut tidaklah menyebabkan ia berasa berpatah hati atau berputus asa dengan ujian yang melanda, maksud firman Allah;
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "Surah Aali Imran ayat 139.
Semalam 19 Januari 2008 bersamaan dengan 10 muharam niat hati hendak pergi menziarahi anakku di asrama, tetapi ku hanya merancang tuhanlah yang menentukan, kemana aku hendak pergi mesti aku bergantung dengan suamiku 100%. Dari mencari teksi pergi dan balik begitulah aku. Tetapi aku harus bersyukur kerana suamiku masih lagi di beri kudrat untuk gagahi jua demi aku biarpun aku sedar kekadang suamiku aku juga sakit, kalau tidak pernyakit lamanya kakinya yang sakit. Ketika ini kepada siapalah lagi yang harus aku meminta pertolongan kalau bukan denganNYA?
Selepas bersiap suami aku rasa nak pitam lututnya yang sudah lama sakit tiba-tiba sakit lagi, aku tahu kenapa dia sakit lutut kerana banyak berjalan dan faktor umur yang menigkatpun mungkin. Katanya tak dapat hendak menziarahi Hafiz kerana dia memang tak berdaya, bukan hanya hari ini tetapi dua tiga hari sebelumnya dia tak berapa sihat.
Aku tak dapat nak tahan air mata aku menangis dan menangis bila mengenangkan anakku. Mulutku tidak pernah lekang dari menyebut "LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL AZHIM (tiada ada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH YANG MAHA TINGGI dan MAHA BESAR". Itu saja yang dapat menguatkan semangat aku, bila mengenangkan nasib terlempar jauh dari ibu bapa dan keluarga terkenang kepada ibu dan ayah di kampung.
Lalu adalah orang yang tidak pernah faham apa masalah kami apa yang menimpa kami dan kenapa kami begini dan begitu. "Dah nak dapat lesen kereta ( dah lama tak pergi belajar) belilah kereta tu senang nak kemana?" Owh memang kami nak belipun nak beli sangat-sangat, tetapi itu masalah kami hanya kami saja yang tahu orang lain tak tahu lebih baik jangan buat andaian begitu dan begini, aduhh jawapan apa ni kemain bunyinya macam kasar aje...hmm tak pernah cakap macam tu pun. Ada benda yang boleh kita kongsi dan ada benda kita tak dapat nak kongsi. Wah....... jawapan itupun tidak cukup lagi...ada lagi dan lagi..tanyalah tapi jawapannya tetap sama hahahaha.
Hari ini ahad 20 Januari 2008 bersamaan dengan 11 Muharram 1429 hijrah sudah dua minggu anakku tinggal di asrama. Pagi ini sekali lagi mehnah/ujian yang menimpa kami, kondisi suamikupun tidak begitu baik, tetapi demi anakku dia gagahi jua untuk ke sana. Sedangkan aku hanya di rumah oleh sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan biarpun rindu mencengkam di jiwa namun aku kuatkan hati ini. Suamiku tercari sesuatu tak jgua jumpa, kad pengenalannya pula tak ada, kemana menghilangnya? semalam ketika dia pergi menghalau anjing yang masuk ke halaman rumah kami dengan memboloskan dirinya di celah-celah gate dia terjumpa name tagnya di situ. Ahh....mungkin juga ianya terjatuh dari saku seluarnya ketika menarik kunci tetapi ICnya dimana? Gawat nih tak jumpa habis di geledah cari situ sini tak jumpa dia kata semalam ada lagi. Tetapi dia perasan ketika dia terjatuh di atas LRT semua barangnya ada? Cari jugak tak jumpa...tetapi demi anak tawakal saja pergi biarpun tiada pengenalan diri hanya ada kad OKU yang ada. Besok pergi ke office kot-kot tertinggal di atas mejanya,tetapi katanya tak pernah letak di atas meja. Semoga selamatlah suamiku ya Allah. Menurut kata suamiku ketika dia pergi di tabung haji dia ingat kad pengenalannya masih ada lagi...tetapi bila di cari tak jumpa juga. Esok tiada jalan lain melainkan pergi buat repot kad pengenalan hilang. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI RAA JI’UUN. Bagaimana aku hendak menulis blog yang hepi-hepi kalau sejak akhir-akhir ini aku berhati walang. Insyaallah aku berdoa semoga semua kekalutan yang menimpa akan segera berlalu. Cepatlah besar anakku.......
0 comments:
Post a Comment