andai ini takdirnya utkku

Sunday, February 3, 2008

Berat hatiku melepaskanmu

Jumaat jam 11.00 pagi anakku Hafiz pulang dari asrama. Tiga minggu aku tidak melihatnya dia kelihatan kurus sedikit, tidak ada selera untuk makan, salah satunya biasalah masakan orang lain tidak akan sama dengan masakan ibu, biar masakan ibunya pakai main campak aje kata orang tetapi dia tetap kata sedap. Terubatlah rinduku kepadanya, begitu juga Hafiz merindui ibunya.

Anak mana yang tidak rindukan ibunya. Dua hari bersamanya aku rasa tidak cukup,makan bersamanya membuatkan aku begitu berselera, selama dia pergi semalamlah aku rasa berselera untuk makan,kalau selama dia pergi aku asyik teringatkan dia..makan apa dan sebagainya aku bayangkan. Biarpun berat untuk aku melepaskannya petang ini dia terpaksa pulang semula ke asramanya seperti biasa di hantar oleh ayahnya. Dari jauh aku memanjat syukur kepada Allah s.w.t kerana dia sudah jauh berubah dari sebelum ini. Solatnya dan bacaan tajwidnya bagus, alhamdulillah. Cuma aku gusar bila dia menceritakan tentang ketikdak selesaan tinggal di asrama. Kalau boleh nak duduk di rumah. Aku faham perasaannya bila tinggal di asrama,segala kain baju di uruskan sendiri, rindu dan sebagainya. Insyaallah aku berdoa semoga segalanya akan berjalan dengan lancar insyaallah.....

Memanglah sedih bila melihat mata anak berkaca bila memeluk ibunya...tetapi seperti biasa aku tidak pernah tunjukkan kesedihan di hadapan anakku, tetapi selepas dia pergi aku yang menitiskan air mata. Hmm....nak buat macam mana berkorban apa saja harta ataupun nyawa itulah kasih mesra sejati dan mulia, untuk mendidik dia menjadi insan yang baik memerlukan pengorbanan.Belajarlah dengan tenang di sana duhai anak. Biarlah kita bersusah dahulu insyallah Allah pasti akan memberi kesenangan buat kita di masa-masa akan datang percayalah. Ibu rindukan suasana ketika kita bersama dahulu, kau begitu manja, adakalanya rajukmu sukar ku pujuk, baru sebentar tadi ibu mendengar suaramu, malam ini dirimu pergi lagi.....pergilah sayang, ibu iringkan doa buatmu semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah.....


0 comments: