andai ini takdirnya utkku

Thursday, February 7, 2008

Cerita gong xi fa cai

6 Februari 2008

Malam rabu temanku Lea sms, katanya hendak datang makan di rumahku pada hari khamis gong xi fa cai, dia tak bagi aku masak, kerana katanya dia yang masak semuanya. dia kata hendak masak nasi beriyani atau nasi minyak. Ermm, enaknya nasi minyak..tetapi naluri seorang ibu kalau makan apa saja pasti terkenangkan anak. Kataku kalau masak lauk ayam minta maaflah kami dah lama tak makan dah(melainkan ayam organik).

Khamis 7 Februari 2007

Paginya suamiku pergi ke pasar tani dengan kawan seopisnya, beli barang-barang dapur...beli keperluan sahajalah, nak masak juga yang simple-simple tak kan nak harapkan orang saja yang masak.

Lepas pulang dari pasar tani kak Tushee dan abang Zamani teringin nak cabut ubi katanya anaknya semuanya pulang, nak buat kuih talam dan lepat. Katanya ubi kayu ni makanan orang lama anak-anaknya kalau di rebus bukannya makan, tetapi kalau di buat kuih lakulah pulak. Ya lah makan semuanya enak nak buat aje yang malas sebabnya banyak melalui prosesnya. Erm, teranglah sikit depan rumah aku yang semak tu.

Tengahari Lea sms lagi, lepas solat baru nak mai..oleh kerana aku tak makan ayam tak jadi ler nak masak nasi beriyani atau nasi minyak, masak asam pedas ikan merah goreng ikan dan sayur ajelah katanya. Aku kata okeylah tak apa. Lepas solat zohor dia datang ke rumahku,then dia gi ambik suaminya di stesyen LRT di Asia Jaya makan bersama kami.

Seperti biasa, kalau dia datang jarang nak berlama di rumahku, lepas makan terus pulang kerana suaminya nak balik tidur, malam kena gi kerja lagi, shift malam. Lepas mereka pulang suamiku pergi jenguk anakku sebentar hulurkan makanan untuknya, buah limau dan sebagainya, begitulah kasihnya ayah dan ibu kepadamu nak tidak pernah melupaimu walau sesaat.

Hari ini 8 Februari 2008

Sedang aku bersama suamiku keluar di halaman rumah bersih ala kadar, jiran cinaku di bawah mengucapkan hello kepada kami dengan menghulurkan buah limau dan ang paw untuk Hafiz. Sepanjang aku tinggal di sini dialah satu-satunya jiran yang selalu menyapaku biarpun bahasa cinanya terlalu pekat. Aku selalu menghulurkan ubi kayu untuknya...dia ni memang suka makan ubi kayu. Aku ingat orang cina tak suka makan ubi kayu, tetapi rupanya dia buat kuih macam orang melayu jugak, kuih talam dan bingka untuk di jadikan juadah di hari gong xi fa cai katanya. Tak habis-habis dia ucapkan terima kasih kepada kami kerana memberikan dia ubi kayu hihih lucu tul..alah biasalah ubi kayu aje, kalau nak lagipun boleh nak bagi cerahlah sikit depan rumah ni. Seperti yang sedia maklum anakku tidak bercuti biarpun orang lain sedang bercuti, sabar ajelah aku.......

Hari ini juga anak buahku Shu bertunang dengan jejaka pilihannya, erm..tentu ayah,emak, Kak Ummi As dan Abang Zul tentu seronok kerana anak perempuan sulungnya bertunang. Tetapi mereka tidak tahu ada hati yang menangis kerana tiada siapa yang menelefon aku, kalau bukan aku yang menelefon mereka. Emak dan ayah aku tentu seronok bakal mendapat cucu barunya. Tetapi anakmu ini emak merintih sendiri, susah senang aku sendiri...kalau kalian di kelilingi family tetapi aku???? Tentu di waktu ini mereka sedang bergumbira..tak apalah aku biarlah menangis sendiri. Teringin juga merasai suasana itu, namun apakan dayaku. Mereka bukan melupai aku, mereka sayang aku bila berada dekat dengan mereka. Tak apalah kalian berbahagialah kalian hari ini dan selamanya...aku ini kalian tidak pernah ambil tahu, susah ker senang ker..tanya khabar ke? Sedih uwaaaaaaaaa...........biarlah aku nangis sorang-sorang.....huih tak payah layan baik aku bedal buah limau laaagggiiii lah sedapnya....jom makan dulu.......


0 comments: