andai ini takdirnya utkku

Tuesday, February 26, 2008

Syukur alhamdulillah


Pagi ni bangkit tidur lepas solat subuh aku mengambil kain baju kotor dan masuk ke dalam mesin basuh. Rupanya getah airnya aku ikat ke dinding...apa lagi dah ler mesin basuh separuh automatik habislah satu bahagiaan dapur rumahku banjir kerana aku tidak sedar air sudah melimpah keluar. Itulah aku duk ralit sangat mengadap komputer ni. Waduh dari takde kerja jadik banyaklah pulak, tetapi ada hikmahnya kerana dapat membersihkan lantai hehehe. Itulah kalau sedang asyik melayan komputer nih...erm nak buat macam mana ini ajelah teman di kala kesepian. Dua tiga hari lepas ada mak dan ayah mertua tidak sunyi kerana mereka rajin bersembang.

Cuma hatiku rasa berbunga bahagia selepas kepulangan mereka....bukannya apa kedatangan mereka kali ini membuatkan aku lebih berani menyatakan sesuatu yang sudah lama aku pendamkan. Jauh di sudut hatiku sentiasa mengharap sesuatu akan berlaku dalam hidup kami semoga di beri rezeki yang melimpah ruah. Aku tidak minta harta menimbun tetapi aku berdoa semoga aku di kurniakan sesuatu yang lebih berharga dari harta di dunia ini.

Kalau dulu aku selalu berjauh hati dengan ibu mertuaku kerana selalu memuji menantunya yang berkerjaya, sedangkan aku ini hanyalah menjadi suri rumah . Tetapi kini aku faham sudah menjadi lumrahnya alam yang lebih baik dan yang berada sedikit akan di puji melambung-lambung, tetapi aku tidak minta di puja dan di puji...aku bersyukur kerana mendapat ibu mertua yang tersangat baik, yang sanggup terima seadanya aku.

Bagiku aku tersangat bahagia dengan apa yang aku miliki kini, di anugerahi suami yang penyayang dan anak yang mengikut kata. Apa lagi yang aku harapkan selain dari kebahagiaan hidup bersama suami dan anak tercinta. Segala kekurangan berupa harta insyaallah kalau di izinkanNYA boleh di cari...tetapi kebahagiaan adalah sesuatu yang teramat mahal harganya tidak dapat di beli dengan wang ringgit, allhamdulillah di atas segala anugerah ini ya Allah. Aku selalu berdoa semoga aku menjadi isteri dan ibu yang baik, hargailah apa yang kita ada...allhamdulillah syukur.....

Cewah jiwang karat pulaklah kali ini aku menulis hihihih nak tulis apa lagi ya?insyaallah sambung lagi di lain waktu.....


2 comments:

Salam kak awwa...

mertua saya pun baik....baik sgt..saya bersalin ketiga2 tu mak mertua yg dtg jaga.

mak mertua tak pernah beza2kan anak menantu dia....


syukur sgt2..

sebab kak awwa seorg ibu yg hebat, hari ini sy nk bagi award sebagai seorg ibu yg hebat..dtg blog saya ambil ye...


pakai bedak lawa2...nnt nk masuk TV..hahahaha

hahahah kak jie lawaknya...nak bagi hadiah apa tu..mak mertua bawak mai belacan yg di buat kat tanjung dawai kalu tak silap..sebesaq kepala budak lah hihihih....