Setelah lima hari aku membela anak kucing berbulu cantik itu, dia sudah lari. Ini kerana kecuaian aku jugak, aku fikir dia dah nak bermanja denganku lalu aku buka pintu sangkarnya lalu dia pun dengan sepantas kilat keluar. Selalunya aku usap-usap bulunya yang gebu ketika memberinya makan...dia begitu manja setelah lima hari, rupanya itu hanya lakonannya sahaja kerana dia tidak betah di kurung. Walau bagaimanapun aku tetap memberinya makanan dalam sangkar itu, kerana dia akan datang mencari makan di situ. Belum sempat hendak mengambil gambarnya lagi erm sedihnya huhuhu.
Kalau nak di ikutkan tajuk kat atas tu memang tidak sesuai dengan apa yang hendak aku tuliskan. Tetapi tak mengapalah, memang aku tak berapa reti nak tulis tajuk apa.
Setelah anakku ke As Solihin rasa sunyi sepi, kalau dia ada boleh di ajak berbual adakalanya ada-ada saja rajuknya. Aku sentiasa mendoakan keselamatannya di sana. Di As solihin tidak seperti di Al Furqan. Di Al Furqan agak kekampungan sementara di As Solihin serba serbinya lengkap. Kalau dulu hendak ke Al Furqan terpaksa bertekak dengan pemandu teksi, tetapi di As Solihin alhamdulillah tiada masalah teksi senang. Semenjak anakku di sana belum pernah lagi aku ke sana, insya-Allah kalau tiada apa-apa hal minggu depan aku hendak ke sana menziarahinya. Di As Solihin cutinya cuma hari ahad sahaja, ada jalan-jalan bersama guru, berenang dan berbagai aktiviti. Aku mengharapkan agar anakku selamat di sana. Jadilah Al Hafiz anakku, dunia sekarang semakin gawat dengan kemerosotan akhlak. Jadilah Al-Quran sebagai penghiburmu...andai kita jauh dengan Al Quran dia akan lari. Aku takut wahai anakku melihat kehancuran anak-anak Melayu remaja di zaman sekarang, bagaikan tiada akidah atau pegangan agama. Bila aku baca Persatuan Penguna Pulau Pinang dan juga Harian Metro aku jadi takut, ini kerana aku mempunyai anak yang sedang meningkat remaja. Berjauhan bertambahlah kerisauan aku, tetapi tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan nasihat dan berdoa setiap masa.
Bagaimana lagi harus aku lakukan wahai anakku agar aku dapat menyelamatkan dirimu dari semua ini? Aku tidak sanggup melihat dirimu hanyut di buai lagu-lagu lagha, gang stasz, af dan betapa banyaknya hiburan yang melalaikan. Bukan aku tidak risau keselamatanmu di sana wahai anak, tetapi apalah daya aku wahai anak, hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t semoga dirimu di jauhi dari segala kejahatan dan di lindungi Allah setiap masa.
Ahh....jauhnya aku melayan perasaan gundahku ini. aku berdoa semoga Allah selamatkan anakku walau di mana sahaja dia berada.
Dua tiga minggu aku tidak mendengar khabar sahabatku Lea, ini kerana dia terlalu sibuk untuk menyiapkan majalah-majalahnya. Katanya untuk menyiapkan dua majalah terkejar ke sana sini, tak mengapalah jauh di mata dekat di hati. Kerana itulah juga manuskrip yang aku suruh dia edit Jun tahun lepas baru sekarang dia serahkan kembali kepadaku, cadangnya dia hendak edit kesemuanya tetapi dek kerana kesibukannya dia terpaksa lupakan manuskrip itu sedangkan Kak Yati dan Editornya sudah berkali-kali meminta aku mengirimkan manuskrip tersebut. Mahu tak mahu aku terpaksa serahkan kepada mereka.
15. Jun 2008
Adik lelaki Kak Yati datang mengambil manuskrip itu, aku dah malas nak fikir pasal manuskrip tu lagi, kalau ada rezeki adalah kalau tak ada nampaknya aku kena belajar lagilah. Aku memang tak ada pengelaman langsung dalam bab menulis, kalau setakat tulis blog macam ni tu boleh la, tapi kalau nak belajar tulis novel dan nak tulis dailong lagi minta maaflah aku tak mahir, tu pun aku pakai main tembak aje hehehe. Terpulanglah kat depa nak buat apapun. Tunggu dan lihat ajelah..........
Nampaknya dah nak masuk bulan posa dah kita, tak lama lagi dah...ni dah jamadilakhir dah. Masa cepatnya berlalu.................
0 comments:
Post a Comment