andai ini takdirnya utkku

Monday, November 24, 2008

mengantuk

Alahai semenjak dua menjak ni mai angin mengantuklah pulok, kalau malam-malam tu rasa nak le jugak tengok criter apa ada kat tv, tetapi entahlah mengantuk sangat-sangat. Pantang jumpa bantal terus terlelap. Yang nak menjadi tak berapa kelakarnya pergi ke klinik panel saja-saja kebetulan lalu kat situ. Doktor tanya sakit apa Kak Awwa cakap mengantuk hehehe, doktor kata mengantuk tidurlah. Kak Awwa memanglah tak banyak aktiviti kat luar rumah sekarang ni,entah mai angin malas. Pokok-pokokpun dah lama tak bubuh baja, ada yang dah kekuningan. Hari ahad lepas pergi Car4 nak beli baja tak jumpa,tetapi terserempak dengan Ras Adiba, cuma berbalas senyum sahaja sebab kerusi rodanya di sorang dengan laju. Kak Awwa tengok pokok bunga ros cantik-cantik geram nak beli, tetapi bila ingat kalau buat balik...

Monday, November 17, 2008

rindunya kat hafiz

Hafiz masih belum bercuti lagi walaupun sekolah lain sudahpun bercuti panjang. Hafiz akan bercuti bila tibanya aidiladha nanti. Sunyi rasanya tanpa Hafiz di rumah, bila mendengar gelak tawa anak-anak jiran sebelah yang pulang bercuti rasa sedihlah pula, bahagianya mereka gelak ketawa sesama mereka, sedangkan Kak Awwa ada Hafiz sorang saja. Tetapi apakan daya,biarlah dia di sana,biarlah dia cutinya sedikit asalkan di sana dia dapat mendalami ilmu Al Quran. Kalau dia pulangpun dia akan seharian mengadap komputernya. Tetapi itu buka masalahnya, yang pasti memang belajar di sekolah tahfiz ni kena banyak berkorban apa saja. Kalau sekolah lain cuti dua minggu dia seminggu, kalau orang lain cuti sebulan lebih sekolahnya tak sampai dua minggu."Ibu ada apa Hafiz nak tolong" sambil tip tap tip tap keyboardnya....macam-macam...

Saturday, November 15, 2008

pertemuan 16.11.2008

18 Zulkaedah 1429 HijrahHari ini Kak Awwa di kunjungi rakan blogger iaitu Cikgu Wan Salmah. Tetapi Kak Awwa lebih mesra memanggilnya dengan panggilan Kak Wan. Sudah lama Kak Awwa ingin bertemu dengan Kak Wan hari ni baru di izinkan Allah s.w.t. Itupun Kak Wan yang sudi datang ke rumah Kak Awwa, nak harapkan Kak Awwa berkunjung ke rumah rakan-rakan payahlah sikit. Rumah Kak Awwa hari ni seperti hari raya, memang Kak Awwa dan suami terasa meriah sangat. Kak Wan datang bersama anak-anak dan kakaknya. Pada mulanya Kak Awwa tak kenal yang mana satu Kak Wan hehehe ya ampun kak. Sehinggalah di perkenalkan oleh kakak Kak Wan ni lah Kak Wan. Ikhlas Kak...

Friday, November 14, 2008

tajuk?entah le.........

Petang semalam Hafiz call. "Ibu Hafiz nak ke rumah Mubin, emaknya jemput". Memandangkan suami Kak Awwa pun tidak menjemputnya minggu ini jadi Kak Awwa rasa biarlah dia ke rumah Mubin lagipun Kak Awwa tahu serba sedikit bagaimana keluarga itu dari apa yang di ceritakan oleh Hafiz, biarpun mereka tidak ada masa lagi untuk bertandang ke rumah Kak Awwa. Insya-Allah semoga suatu hari nanti Kak Awwa akan berjumpa jua dengan keluarga ini. Kalau nak diikutkan Kak Awwa tak mahu sangat Hafiz ke rumah orang. Tetapi bila di fikir-fikirkan diapun nak juga berdikari. Lagipun di sana suraupun dekat.Kak Awwa saja-saja call ummi Mubin, Kak Nurul untuk mengucapkan terima kasih kerana menumpangkan Hafiz pulang. Hari ahad sebelum zohor Hafiz dan anaknya akan kembali semula ke asrama. Di sekolahnya masih belum...

Tuesday, November 11, 2008

blogku berwajah baru

Pertamanya Kak Awwa nak ucapkan ribuan terima kasih untuk adik Abu Rifaie kerana sudi mengubah suai blog Kak Awwa menjadi cantik begini. Memang dah lama tak up date blog. Entahlah kekadang tak tahu apa hendak di ceritakan. Tetapi bila dah blog berwajah baru ni rasa memang happy sangatlah. Al maklumlah Kak Awwa ni bukannya pandai sangat bab nak ubah suai blog. Bimbang pulak takut jadi seperti tikus baiki labu. Nak berceritapun memanglah tak tau apa yang hendak di ceritakan di dalam blog ni. Tetapi bab kata orang bila dah kita mula menulis tu adalah sedikit bahan untuk di kongsi bersama. Seminggu yang lalu Kak Awwa bertanya khabar kenalan lama yang bernama Lissa. Rupanya dia baru sahaja kehilangan ayahnya Pak Cik Mohd Zan pada bulan Ramadhan yang lepas. Al Fatihah. Kenangan ketika pertemuan...