Petang semalam selepas menonton Al Kuliyah di TV3 Kak Awwa keluar ke halaman rumah. Niat Kak Awwa hendak melihat pokok-pokok timun yang semakin kurus, sambil membawa baja dan sebilah pisau untuk membuang daun-daun kering. Kak Awwa mengembur-gembur tanah di pokok timun, pokok cili dan beberapa pokok yang lain. Kak Awwa keluar ikut pintu dapur sebab di tanah sekangkang kera di kawasan dapurlah Kak Awwa menanam sayuran. Tiba-tiba Kak Awwa terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan rumah. Selalunya pintu pagar kat rumah Kak Awwa tak pernah berkunci, bukannya tak mahu kunci tetapi ada-ada saja orang datang chek meter air dan elektrik. Kak Awwa jarang keluar rumah sejak akhir-akhir ni. Kalau keluarpun cuma ikut pintu dapur sahaja. Kak Awwa ingat orang India yang selalu hello-hello kat pintu pagar...