Hampir seminggu tidak mendengar suara Hafiz. Rindu rasanya kalau telefonpun cuma bercakap sebentar saja. Setiap kali Kak Awwa telefon dia akan bertanya ada apa ibu? Kak Awwa tahu tidak semestinya Kak Awwa kena menelefon dia hari-hari. Tetapi entahlah hati seorang ibu ni, bila berjauhan tertanya-tanya sihatkah dia, makankah dia. Padahal kalau nak di ikutkan dia baik-baik sahaja di sana. Kalau ada apa-apapun ustaznya akan maklumkan kepada ibu bapa pelajar.
Belum lagi anak belajar di luar negara, kalau belajar kat luar negara tak taulah. Mungkin hanya talian IT menjadi penghubung kasih. Hafiz mungkin tidak senang kalau Kak Awwa selalu menelefonnya. Mungkin dia malu di anggap manja oleh kekawannya. Lagipun dia sentiasa sibuk dengan aktiviti hariannya. Dia agak beruntung kerana berada di tengah bandar Kota Bharu, kalau Kak Awwa hendak kesana tak susah sebab banyak hotel-hotel murah di tengah bandar KB kalau Kak Awwa malas ke Pasir Puteh. Lagipun PP dan KB agak jauh jugak.
Macam tulah perasaan ibu bapa selalu teringat kat anak. Tetapi anak-anak ni kekadang tak faham perasaan ibu bapa. Bukan dia tidak sayangkan ibu bapanya tetapi anak lelaki ni agak berbeza dengan anak perempuan. Anak lelaki biarpun agak manja tetapi tidak menunjuk-nunjuk sangat seperti anak perempuan. Tetapi sebagai ibu bapa, anak perempuan ke anak lelaki ke sama saja bagi Kak Awwa.
Diantara Ibu dan Ayah keduanya harus kita hormati, banyak contoh/cerita orang yang tidak hormat/berkasar kepada kedua orang tua akan mengalami siksaan di dunia dan akherat. Maka janganlah kita sampai berbuat yang boleh menyakiti hati ibu bapa. Banyak dalil-dalil yang menerangkan. Dalam satu riwayat ada hadis yang menerangkan perbandingan antara Bapak dan Ibu. Ketika itu seorang sahabat bertanya siapakah orang yang paling kita hormati/utamakan? lalu Nabi menjawab Ibumu, lalu bertanya lagi dengan pertanyaan yang sama Nabipun menjawab Ibumu, lalu bertanya lagi Nabi menjawab Ibumu dikemudian bertanya lagi selanjutnya baru Nabi menjawab bapakmu.
Hormatilah ibu dan ayahmu selagi mereka masih ada di dunia ini. Sebagai ibu bapapun jangan terlalu mengikut perasaan sangat. Yakin dan bertawakallah kepada Allah s.w.t. Andai inilah yang terbaik untukmu ibu redha nak. Sudah banyak yang telah kita lalui, akhirnya Allah memilih dirimu untuk belajar di sana. Tetapi sebagai seorang ibu Kak Awwa rasakan semakin jauh dengan Hafiz. Anak orang lain membesar di mata ibu bapa tetapi anak Kak Awwa nan seorang ini berjauhan bila jumpa semula dia semakin besar. Berjumpapun waktu cuti sekolah sahaja. Insya Allah bulan Ogos ni Hafiz balik KL kalau ada tiket. Hari tu Hafiz duduk di rumah tok ayahnya di Pasir Puteh. Biasalah kalau dah jauh nak balik kekadang ada masalah tiket. Lagipun keluarga Kak Awwa ada di sana tak kisah sangat. Kalau tidak abang sepupunya yang ambil bapa saudaranya. Kak Awwa tak bimbang sangat dia di sana di kelilingi saudara mara. Tetapi sebagai seorang ibu kekadang ada juga rasa bimbang.
Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana sahaja dia berada. Jauhilah dia dari melakukan perkara yang tidak baik. Berilah dia sahabat-sahabat yang baik akhlaknya. Permudahkanlah segala urusannya. Murahkanlah rezekinya yang halal. Berilah ketajaman fikiran untuknya. Berilah kekuatan iman untuknya. Jadilah dia remaja yang berakhlak mulia. Amin, amin, amin amin amin.......
1 comments:
salam kak.
saya merasa sungguh terharu dengan keikhlasan akak sebagai seorang ibu.. walaupun saya masih belum berumah tangga, tapi saya dapat memahami perasaan akak. saya juga mempunyai adik yang sangat saya jaga dan menaruh harapan yang tinggi padanya... saya berharap, doa ibu yang baik2 akan sentiasa berlegar dan memenuhi bumi Allah S.W.T kerana itulah senjata yang terbaik dan cara yang paling mujarab untuk melahirkan umat Rasulullah s.a.w yang solehin.. :'(
Post a Comment