Wah tajuk kat atas tu bunyinya macam orang mengidam. Alhamdulillah setelah tiga hari balik kampung merasai kemeriahan kenduri aqiqah anak buah Kak Awwa iaitu Amirul Mukmin. Kalau nak cerita ketika dalam bas tu biasalah balik sorang-sorang boring, cari kawan bersembang yang sama-sama turun ke Pasir puteh.
Jumpa Hafiz semakin tinggi dia, kalau nak kata besar tidak kerana dia tinggi tetapi biasalah anak remaja. Alhamdulillah seronok dapat jumpa Hafiz. Dia sudah banyak berubah...biasalah dia sedang meningkat remaja....
Kenduri hari khamis semua adik beradik kecuali yang kat Pahang tak balik. Bapa saudara dan sepupu-sepupupun ramai yang datang. Masa ni lah nak jumpa saudara mara. Nak di jadikan cerita menu hari tu( tak sempat nak ambik gambar kalut sangat) kerabu nangka, ikan tongkol masak merah, sambal belacan, ikan kering,buah tembikai, acar campur singgang daging dan sedikit kari daging. Orang dah jemu makan gulai daging( tiap-tiap hari ada kenduri khawin) itulah buat daging singgang saja sekor lembu. Sebaik saja zohor semuanya licin. Yang tinggal cuma adalah sedikit daging singgang yang sepupuku simpan untuk tetamu yang belum datang. Tu pun tidak cukup.
Tetamu tak putus datang, dengan kecekapan kakakku dia merebus daging yang masih di dalam peti ais dan masuk ke dalam kuah singgang. Hari lembu dan perut lembu yang di simpan terpaksa di jadikan menu untuk tetamu. Entah mengapa tekak ni asyik nak makan hati lembu dah lama. Dapatlah merasai sekeping dua hati lembu goreng tu pun kakak ipar yang simpan. Kalau tidak kempunan agaknya.
Ramainya tetamu, selalunya kalau kenduri kat rumah Kak Awwa pasti ramai yang datang( abang Kak Awwa bekas ketua kampung), kalau ada anak sepuluh sepuluhlah di suruh datang. Tetapi seronok kerana semua tetamu yang datang biarpun waktu malam tetap boleh makan biarpun lauk lain. Menu malam sotong rebus ikan tongkol singgang ikan masin tak ketinggalan budu( mana boleh tinggal menu tu, patutlahlah Manohara lari balik ke Indonesia tak tahan bau budu kot hehehe)) dan ulaman. Selalunya kalau tidak kenduri khawin menu ikut-ikut saja sebab itulah yang menyelerakan. Rasanya kalau Kak Awwa nak buat khatam quran Hafiz nanti insya Allah hendak buat menu yang sebegini.
Hari ahad pulang ke Kuala Lumpur jem teruk sempat maghrib di rumah. Memanglah naik bas meletihkan badan rasanya sampai ke hari ini belum hilang letih badan.
0 comments:
Post a Comment