Teringat waktu kecik-kecik dulu kalau cuti sekolah tu terasa lama sangat,apa lagi kalau cuti akhir tahun. Tetapi sekarang terlalu singkat. Baru sambut tahun baru dah nak habis tahun dah. Anak-anak yang nak ambik exam UPSR, PMR, SPM,SMU, STAM,STPM pun dah semakin dekat. Ibu bapapun dah sibuk memikirkan nak beli persiapan untuk hari raya( puasapun belum lagi). Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun. 24 June ni dah masuk bulan rejab bermakna dah nak dekat ramadhan dah kita ni. Hai puasa yang lepas dah di ganti ke belum? Baik ganti cepat-cepat sebelum terlambat.
Masuk tahun ini sudah empat tahun Kak Awwa tinggal di kuaters ini. Bulan Disember ini Kak Awwa terpaksa keluar dari sini. Itulah adat orang menumpang tak kan selamanya menjadi milik kita. Kata orang yang menjaga rumah ini ada orang lain nak masuk. Tetapi rumah yang sederet dengan rumah Kak Awwa tinggal ni sudah setahun lebih di tinggalkan menjadi rumah usang tanpa berpenghuni. Kalau nak ikutkan takde siapa nak masuk kat kuaters ni, cuma orang-orang yang tedesak seperti kami aje. Bukan duduk free di potong gaji jugak. Kalau nak ikutkan keselesaan memanglah selesa tinggal di sini, dekat dengan Mid Valley, Kuala Lumpur, Hospital tetapi apa nak buat dah tiba masanya. Tetapi ada hikmahnya kerana di sini jauh dengan masjid bagi orang seperti kami ni. Moleknya umur-umur sebegini bagi suami Kak Awwa solat jemaah di surau atau masjid mendengar ceramah-ceramah ugama. Hanya kerana masjid jauhlah Hafiz tidak bersekolah menengah di sini, hanya kerana masjid jauhlah Hafiz terpaksa berjauhan dengan Kak Awwa. Mungkin itu sudah suratan takdir bagi insan OKU seperti kami. Mungkin ada hikmahnya. Tetapi sedih jugak bila ingatkan kenangan bersama kawan-kawan( GOKUM dan KOMUNITI yang sudah lama ku tinggalkan) seperti Epel, Lea dan yang pernah datang ke rumah Kak Awwa ni. Di sinilah kawan-kawan Kak Awwa datang bertandang baik yang normal dan yang OKU. Pastinya kenangan itu tidak mungkin Kak Awwa lupakan.
Hafiz sudahpun masuk lima bulan belajar di Kelantan. Tak sampai sebulan bertemu dengannya tetapi terasa lama tak tengok dia. Berbagai dugaan telah di laluinya semoga mentari merah akan bersinar jua di ufuk timur. Semoga pengorbanan ini berbaloi. Tidak ada mana-mana ibu bapa yang mengharapkan balasan dari anak-anak. Cukuplah dia menjadi anak yang menghargai ibu bapanya. Bukan wang ringgit yang menjadi taruhan wahai anak tetapi cukuplah dengan kasih sayangmu itu. Tengok dirimu berjayapun sudah membahagiakan ibu dan ayah
Ini kata-kata semangat untuk anakku
Hidup ini adakalanya suka dan adakalanya duka, tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita capai dengan mudah perlukan pengorbanan yang pasti perjalanan ini masih jauh untuk menuju kepuncak jaya...berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Ingat rezeki itu tidak akan datang bergolek kalau tanpa usaha. Ingat selagi ibu masih bernafas doaku tidak akan putus untukmu. Semoga kebahagiaan dan kejayaan menjadi milikmu selamanya anakku....
2 comments:
Salam Kak Awwa
Insyaallah...mudah2an pengorbanan kak awwa dan suami dibalas dengan syurganya.
Kak awwa nak pindah ke mana ye?
Salam epel...insya Allah mudahan begitulah epel semua ibu bapa mengharapkan begitu. Tak taulah nak pindah kemana..tengah pk ni..
Post a Comment