Semalam sempena Nuzul Quran suami Kak Awwa tak bercuti(Kl tak cuti). Dia pegi kerja seperti biasa. Tetapi pukul 10.00 pagi suami telefon Kak Awwa ajak Kak Awwa pergi CIMB di Section 14(lepas tu dia kena pergi PPUM ada janji temu dengan doktor). Bagaimanalah Kak Awwa boleh terlupa yang bank tutup di Selangor ni. Penat-penat je pergi bank tutup. Mau tak mau dah keluar kenalah pergi jugak di Kuala Lumpur nak selesaikan urusan.
Dalam teksi borak dengan pemandu teksi Cina. Peramah pulak dia ni, memanglah selama Kak Awwa naik teksi ada berbagai ragam pemandunya. Ada yang senyap, dan ada tu pemandu Cina nak cakap Melayupun tak fasih tetapi mau dia sembang alahai peramahnya dia. Tetapi pemandu teksi ni takda lah pelat sangat loghat Cinanya.
"Hantar kami ke Bank CIMB Kuala Lumpur kata suami saya. Kuala Lumpur jauh woo manyak mahal. Apa kata pergi CIMB kat Bangsar je". "Tak kiralah kat manapun kata suami saya".
"Nanti saya telefon wife yang kerja kat Mid Valley tanya CIMB buka ke tak". Lalu dia telefon isterinya bercakap dalam loghat Cina.
"Ada buka itu Bank kat Mid Valley, kalau pergi Kuala Lumpur saya untung banyak, u yang rugi ooo, tak apalah saya untung sikitpun"(dia gelak besar).
"Saya hantar u dekat dengan pintu CIMB, kesian kat u nak berjalan jauh"(timbang rasa jugak pemandu teksi ni kata saya dalam hati).
Inilah pertama kali sampai di CIMB dekat Mid Valley. Rupanya nak balik takde teksi(kat situ) nak berjalan jauhlah pulak. Mau tak mau suami Kak Awwa kenalah pinjam kerusi roda, erm siannya kat suamiku. Nak buat mana nak jalan jauh Kak Awwa tak termampu.
Dah ada kerusi roda tu pusing-pusing nak keluar kat teksi sebab suami nak balik cepat. Cuma tengok saja jualan hari raya. Ramainya orang beli belah. Nampaknya pergi Mid Valley kali ni takde shopping-shoppinglah Kak Awwa. Bukannya nak beli apa cukuplah beli barang-barang keperluan. Tahan saja hati nak beli itu ini (dah nama lagi orang perempuan tentu nak itu dan ini).
Bila dengar lagu-lagu raya rasa sedihlah pulak.
2 comments:
salam kak.. akak tak bleh jln jauh, sy plak tak bleh duduk lame.. hai.. bahagian masing2, hrp akak ceria selalu.. selamat posa n shopping raya nanti :D
Salam maiyah..yalah maiyah..kita ni ada bahagian masing..kalau jalan jauh memang tak sampai,kalau terdesak jugak mesti kena tinggal kat bas atau ktapi sebb yalah kaki kita x sama macam org lain..tp terimalah kita ya..harap maiyah jugak ceria ya biarp apapun keadaan kita...
Post a Comment