andai ini takdirnya utkku

Wednesday, September 16, 2009

Salam lebaran


SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan-rakan blog yang kenal dan yang tidak mengenali Kak Awwa. Hendak conteng kesemua blog kalian tak termampu Kak Awwa. Raya tahun ni sambutannya ala kadar saja, lebih kepada tak berapa ghairah nak menyambutnya. Kak Awwapun tak tahu di mana Kak Awwa hendak beraya di sini atau di sanun entahlah. Walau bagaimanapun inilah hari kemenangan untuk umat islam setelah berpuasa selama sebulan. Bersyukurlah kerana masih bertemu lagi hari raya tahun ini. Mudahan bertemu lagi dengan ramadhan dan aidilfitri tahun hadapan.

Kepada kawan-kawan yang mengenali atau tidak di kesempatan ini Kak Awwa dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Manalah tahu selama Kak Awwa berblog Kak Awwa ada menyinggung perasaan kawan-kawan semua baik dalam penulisan atau dalam memberi komen-komen. Ampun maaf yang Kak Awwa pinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terus terang Kak Awwa katakan menitis air mata Kak Awwa bila mendengar lagu-lagu raya, belum lagi dengar takbir raya. Sayu dan sebak rasa hati ini. Wassalam...

2 comments:

salam kak awwa.. slamat hari raya gak pd akak sekeluarga dan maaf kalo ada komen yg tak kenen dihati.. moga ceria :)

salam maiyah..selamat hari raya maaf zahir dan batin dr kak awwa..maaflah tak leh nak masuk kat blog maiyah..kalau ada salah dan silap mohon di maafkan ya...