andai ini takdirnya utkku

Sunday, October 18, 2009

ingatkan baby orang rupanya baby kucing

Ketika suami Kak Awwa buka gate hendak pergi kerja dia ternampak satu kotak. Bila di buka ada seekor anak kucing yang masih baby lagi sedang mengeow. Di dalamnya lengkap dengan botol susu yang berisi susu dan satu plastik susu untuk anak kucing. Mungkin agak kelaparan Kak Awwa pakai sarung tangan dan susukan "baby" tu. Itupun masih mengeow dengan nyaring, mungkin rindukan ibunya kot. Entah siapalah agaknya yang letakkan kucing tu, mentanglah-mentanglah rumah ini hujung sekali ingat tempat buang kucing ke. Nanti petang nak panggil SPCA biarlah mereka merawatnya kerana Kak Awwa tak mampu nak jaga baby tu. Kak Awwa tak tahan bau najisnya nanti membuatkan Kak Awwa sesak nafas. Kalau arnab okeylah jugak. Tetapi kalau tinggal di kampung mestilah hendak pelihara kucing sebab ianya bebas.Kalaulah...

Saturday, October 17, 2009

akhirnya dia jemput jugak

Alhamdulillah hari ini dapat juga pergi ke rumah penolong editor majalah anjung seri Lea di Bandar Kinrara. Bersusah payah dia memasak dengan suaminya demi kami. Ayam masak cili api, sambal belacan sedap resepi emaknya, ayam goreng berempah dan ulaman selain kuih muih dan buahan. Seronok tengok keletah Damia yang cute sangat, comel sangat Damia. Sayangnya tak ada kamera nak ambil gambar, kalau adapun cuma ambil secara rambang saja. Tu pun belum tentu jadi ke tak.Seronok tengok mereka suami isteri serta anak-anaknya saling tolong menolong menyediakan juadah. Kak Awwa di jemput Lea, katanya nanti kalau Kak Awwa dah tinggal jauh susahlah sikit nak pergi. Memang betulpun, sedangkan dekatpun susah inikan jauh. Bukan buat open house tetapi saja masak-masak jemput kami makan di rumahnya. Dia Kak...

Thursday, October 15, 2009

cuma tinggal dua bulan lebih lagi

Sesekali rasa sedih juga hendak tinggalkan tempat ini. Mana tidaknya sudah empat tahun kami tinggal di Section 11 Petaling Jaya. Kak Awwapun tidak pernah menyangka dapat duduk di sini. Biarpun sudah menghabiskan RM30.000 tetapi ternyata indah khabar dari rupa, kerana tiga bilik masih lagi bocor. Rumah ini kena di ganti dengan bumbung baru, tetapi sebaliknya pula. Cuma satu bilik sahaja yang masih ok, tu pun bilik yang kami tak guna. Mungkin kalau tidak di beri perhatian ianya akan mengikut jejak langkah tiga bilik lagi tu. Biarlah nak bocor ke apa ke kitakan dah nak tinggal dah. Bila kami keluar nanti akan kami bagitau Che Mat orang yang menjaga bahagian perumahan di quaters kan. Nanti kalau kita dah tinggal rumah ni tahulah mereka nak buat apa. Nampak dari luar memang cantik tetapi...

Saturday, October 10, 2009

selera makan ku semakin bertambah

Sakitnya manusia kerana banyak makan. Ada dua kategori. Ada orang sakit kerana tak cukup makan atau langsung tidak ada apa yang hendak di makan. Ada orang sakit kerana terlebih makan. Memanglah dalam hidup kita ni perlukan makan dan minum. Kalau tak makan bagaimana hendak melakukan amal ibadat dan kerja seharian. Kalau banyak makan pula termengah-mengah, mengantuk malas nak buat kerja badan naik berkilo-kilo. Rakyat Malaysia terlalu banyak pesta makan-makan. Bulan ramadhan bulan untuk membalas dendam. Manakala bulan syawal pula pesta makan-makan rumah terbuka di sana sini. Tak salah untuk eratkan silaturahim, tetapi berpada-padalah. Tetamu yang datang membawa rahmat kepada tuan rumah..Jemputan rumah terbuka memang ada di rumah kawan-kawan pejabat suami. Tetapi Kak Awwa lepaskan dengan baik....

Monday, October 5, 2009

cerita lepas raya

Sejak dua menjak ni Kak Awwa rajin sangat pergi cari web jualan tudung, kain dll. Memang menyeronokkan, rasa seperti Kak Awwa pergi shopping walau hakikatnya hanya petik di hujung jari memang berbaloi-baloi mencuci mata walaupun tak membelinya. Kak Awwa pernah sekali beli tudung on line. Sehelai RM 35 di campur dengan skynet RM49 lah. Dekat raya baru-baru ni suami Kak Awwa belikan dua helai tudung yang sama tetapi jenis kain berbeza RM 10 je(kita pakai yang murah-murah je). Memanglah kalau mahalpun sebab nak kena bungkus, pos dll lagi. Tetapi yang tak best tudung-tudung ni tak melepasi dada, kena pakai selendang lain kalau adapun tak banyak.Kalau...