andai ini takdirnya utkku

Wednesday, July 13, 2011

AlhamdulillAH

Semalam tercapailah hasrat aku nak buat majlis bacaan yassin doa selamat sempena masuk rumah baru. Nasi kerabu ,bihun goreng, kuih muih itulah menunya. Tp tak sempat nak snap gambar untuk kenangan. Sekadar menjemput jemaah surau dan jiran2 terdekat sahaja. Syukurlah kerana majlis itu berjalan dengan jayanya. Terima kasih kerana ramai jugak yang sudi menolong membancuh air dll.



Syukurlah kerana suami akupun kembali berkerja seperti biasa. Kakinya masih lagi terasa kebas2. Semoga suamiku di beri kesihatan yang baik. Aku sentiasa mendoakan semoga keluarga kami rukun damai aman dan bahagia. Insya Allah minggu hadapan Hafiz akan pulang. Adalah kawan aku nanti. Tak sabar nak sambut ramadan bersama Hafiz. dalam masa yang sama aku menghitung hari bilakah aku akan pulang menjenguk mek ngan ayah aku? juga ibu mertuaku entahla.....hanya takdir yang menentukan......

2 comments:

Alhamdulillah...ptut la lme kt awwa xbuat n3, bz rupenya...

alhamdulillah rasa seronok menyibukkan diri dgn mengikut jemaah surau pergi baca yassin dan kelas mengaji n fardu ain...