andai ini takdirnya utkku

Saturday, July 2, 2011

Hari ke tiga aku di PPUM

Innalillah hi wainna ilaihi raajiun, pesakit bersebelahan bilik suamiku telah kembali menyahut panggilan Ilahi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya amin. Hiba hati aku bila mendengari tangisan sang adik mengatakan "kakak aku dah tak ada dah". Terdetik di hati Allah jangan Engkau ambil lagi suamiku. Alhamdulillah suamiku beransur baik cuma sedikit pening dan kaki kebas2, mungkin lama terbaring di atas katil.

Dia di sahkan kena demam denggi, patutlah panasnya badanya naik turun. Tetapi hari ini alhamdulillah semakin baik, kalau tiada aral petang esok atau pagi selasa dah boleh balik. Tetapi aku terpaksa balik hari ini kerana aku kasihankan ikan2 guppy aku tentu kelaparan.
Terpaksalah minta tolong kawan aku datang ambik, nak harap kan anak buah outstationlah macam2 hal. Walau bagaimanapun aku tidak mahu menyalahkan mereka, kerana mereka ada kehidupan sendiri biarkanlah....

2 comments:

Alhamdulillah...suami kak awwa dh bransur sht...moga hdup2 sterusnya akn brtmbh ceria;-)

alhamdulillah..semoga abg fadzil dan kak awwa lebih ceria dan gagah menghadapi cabaran...kami doakan yang terbaik utk kalian berdua.