andai ini takdirnya utkku

Saturday, December 29, 2007

~Selamat datang tahun baru 2008~

Assalamualaikum

Tahun 2008 bakal tiba tidak berapa hari lagi ini bermakna anakku Hafiz akan berjauhan denganku. Andai aku suka ke tak suka inilah jalan yang telah ku pilih. Inilah petunjuk dari Allah untuk ku, inilah takdirku satu-satunya zuriatku berjauhan denganku setelah dua belas tahun dia bersama-sama denganku sedari tapak kakinya yang masih merah. Inilah hakikat sebuah kehidupan biarpun terlalu perit namun akan aku belajar kuatkan hati ini menerima segalanya dan redha dengan ketentuan dari-NYA. Aku harus belajar membiasakan diriku untuk menghadapi situasi ini, begitu juga anakku mudahan ini semua bukan kejutan untuknya. Mudahan semuanya berjalan dengan baik dengan iringan doa dan restu dariku. Memanglah sebelum ini dia tidak pernah berjauhan denganku, paling lama dia ke kem ibadah seminggu habis lama itupun membuatkan aku tidak berselera makan inikan lama. Sebagai ibu amat berat untuk aku melepaskannya tetapi aku harus terima hakikat. Mungkin inilah hati seorang ibu tidak sanggup berpisah dengan anaknya biarpun bukan berpisah untuk selamanya, tetapi kerana dia satu-satunya zuriatku maka inilah yang membuatkan aku amat terasa. Terasa kehilangan dan terasa kosong, tiada lagi gurauan dan tawamu nak. Kalau orang lain pergi seorang ada lagi dua tiga anak-anak di rumah tetapi aku???? Nampaknya bermulalah kehidupan dunia barumu di asrama mengantikan teratak yang kita huni ini. Tetapi dia pergi untuk menuntut ilmu, insyaallah semoga semuanya baik-baik belaka.

Akhirnya aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru buat semua teman-teman kenalan dan yang kenal atau yang tidak mengenali diriku ini. Bermulalah episod suram dalam kehidupanku, aku tidak tahu sampai bila.
Allah tidak akan menguji hamba-NYA di luar kemampuan kita. Bersabarlah aku mudahan setiap kepahitan akan di gantikan dengan kemanisan(wah ayat-ayat yang sama). Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak nangispun ada huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................


2 comments:

kak Awwa:

Tak suram kalau selalu lompat sana sini..Kalau nak lupakan kesunyian, guna kan masa lapang untuk hobi atau membaca...Kejap aje tu...nanti dah biasa, tak adalah sedih InsyaAllah...

yer maklang nati nak jahit manik baju dan berkebun tak suramlah mak lang insyaallah.........