andai ini takdirnya utkku

Wednesday, July 23, 2008

pertama kali

21. Julai 2008

Buat pertama kali semenjak aku tinggal di PJ kakak sulungku datang ke rumahku bersama anak dan menantunya. Itupun kerana dia nak pergi menghantar anaknya belajar di Shah Alam kalau tidak, mereka tidak datang semata-mata hendak menziarah. Dialah adik beradikku yang pertama datang ke mari selama tiga tahun aku tinggal di sini. Sebelum ini adalah anaknya yang tinggal di Klang datang, tetapi sekarang anaknya sudah berpindah ke Kuantan. Ketika aku di Rawang dulu ada juga adik beradik yang datang.

Semenjak aku tinggal di sini, emak dan ayahku tidak pernah datang ke mari, kalau ibu mertua dan adik iparku kerap datang ke sini. Entahlah setiap kali aku ajak emak aku datang, diorang kata nanti...dan nanti. Sehinggalah sekarang ayah sakit-sakit lagilah kuat alasan mereka untuk tidak ke mari. Tidak mengapalah, sebagai anak biar bagaimana susahnya aku pasti pulang menjenguk ayah dan emak aku.

Kakak sulungku ini bagaikan ibu kepadaku, dia baik dan penyanyang, kalau dulu dia akan lebihkan aku dari anaknya. Aku sebaya dengan anak sulung kakakku, pendek kata kalau apa yang aku mahu dia akan turuti.


Seronok sangat dengan kedatangan mereka, tapi sayangnya kerana minggu ni Hafiz tak dapat balik ke rumah, kalau tidak dia tentu seronok dapat bertemu mak longnya. Malam tu aku menelefon mek di kampung, menurut kata mek, ayah sakit bahu kerana terjatuh dari motor. Berurut di sana sini, kesian ayahku semoga ayahku cepat sembuh dan rasanya dalam masa terdekat ini aku ingin pulang berziarah biarpun sebentar cuma. Tetapi jenuh aku mencari kad oku aku hilang entah ke mana. Maklumlah dah lama tak balik ke kampung...harap-harap ada terselit di mana-mana.........

0 comments: