andai ini takdirnya utkku

Sunday, July 27, 2008

Pergi Shah Alam tapi melencong ke Pelabuhan Kelang

Sabtu 26 Julai bersamaan dengan 22 Rejab

Malam jumaat aku call Hafiz, dia kata tak payah datang ambillah sebab ustazah tak benarkan pelajar balik ke rumah. Al maklumlah belajar di sek tahfiz ni bukannya seperti di sek biasa, kalau siapa yang rajin cepatlah habis hafazannya. Tetapi diorang mengajar ada caranya mengikut sistem yang di tetapkan. Kalau akupun tidak mampu untuk menghafal paling tidakpun surah yassin ingatlah juga atau surah-surah untuk di baca dalam solat. Tetapi bila aku fikir-fikir balik, anakku di sana senang, kain baju makan siap. Kerja diorang menghafal dan belajar. Pelajaran matematik Adi Putra yang mengajar, alhamdulillah. Tu pun di kira beruntung, bukannya mudah nak jumpa Adiputra tu.Time main diorang main, main pulak bukan calang-calang pergi berenang pergi sauna. Akupun seumur hidupku tidak pernah pergi sauna. Kekadang ustazah membawa diorang pergi melawat ke zoo dan sebagainya lagi. Kan Hafiz senang di situ, tinggal di kondo lagi, belajarlah rajin-rajin anakku.


Mudahan segala pengorbanan kami sebagai ibu dan ayah berbaloi. Kalau bab anak nak belajar biar berhabis duitpun tidak mengapa, biar ayah dan ibu tidak ada apa-apapun asalkan keperluan anak di penuhi demi kemudahannya. Tetapi aku bukan nak memuji anakku, tetapi aku bersyukur kerana Hafiz amat memahami situasi aku. Bila time jumpa aku hulurkan dia rm....dia kata bagi rm 10 aje ibu, kat sini dah cukup makan. Tetapi rasa tak tergamak di hulurkan jugak, manalah tahu kalau dia nak beli keperluan yang lain. Yalah nak pergi selalupun kat asramanya tau ajelah. Teksi di PJ pergi dan balik ambik rm 20 aje okeylah harga tu..tapi kat sana entah mengapa sabtu lepas teksi jual mahal. Sebelum ni pun rm 20 jugak. Kami bukanlah berkira sangat tetapi kalau melampau sangat kamipun memang naik geramlah dengan teksi kat sana. Agaknya diorang tengok tempat tu ada class sikit di hentamnya mahal-mahal sedangkan kami ni hanya nak pergi ziarah anak saja.

Pagi tu aku bertemu ustazah dan Hafiz, bersembang dengan ustazah perkembangan Hafiz. Dia kata alhamdulillah Hafiz seperti orang lain jugak belajar dan menghafal. Tetapi bebudak lelaki tau ajelah kalau ustazah lambat masuk kelas sikit sembang ajelah yang lebih. Insya Allah ustazah target pelajar-pelajar di situ akan tamat hafazannya pada bulan empat tahun hadapan. Mudahan-mudahan begitulah. Lagipun diorang bukannya ada kerja lainpun, duk situ baca ajelah, hafal lah.

Yang merunsingkan aku, saki baki kudis buta Hafiz masih ada lagi naik baharu. Entahlah ikut orang kata ubat itu okey dan okey kami beli, pergi hospital swasta dan kerajaan, dalam grup tanya apa ubat kudis buta diorang saran memacam, sabun gelanggang, minyak tyt dan rasanya jalan terakhir hendak bawak dia pulang ke kampung toknya di Yan jumpa tok wan, sebab tok wannya tahu ubat-ubat tradisional nih. Nak mintalah ubat tradisional pulak. Tak banyak kudis tu, tapi gatalnya yang lebih. Kalau dia balik rumah, boleh di mandikan dengan air mambu dan kain baju, selimut tuala...dan tak tau nak cakap apa ke benda yang tak di rebus, tak cukup sekali dua tiga kali ulang merebus. Di sana yalah siapa yang hendak merebus pakaian. Tetapi kata orang kudis buta ni berjangkit..tetapi kenapa kami tak terkena penyakit tu? kenapa hanya Hafiz? kawan di sekolahnya yang baru pun tak kena kudis tu,tapi di sekolah lamanya dulu budak-budak boleh di katakan kena jangkitan ini. Hafiz berjangkit dari sekolah lamanya. Ya Allah kekadang sedih jugak bila ingat di uji begini, sebabnya anak nak belajar tak selesa. Tetapi kata Hafiz agak berkurangan sedikit dan gatalnya hilang bila di sapu ubat selalu dan mandi dengan sabun gelenggang. dan juga taharah. Kekadang aku salahkan sekolah lamanya kerana........ erm kalau nak criterpun dah tak guna dah. Itu semua menjadi pengajaran buat kami. Tu lah kalau nak hantar anak di sek tahfiz nih carilah tempat yang bagus jangan hanya fikir nak murah seperti kami, kalau dah terkena begini semuanya susah. Sistem pembelajaran tu okey tapi asrama dan persekitarannya tak berapa okey. Tak usahlah bercerita benda yang sudah lepas. Sekarang ni kami berdoa dan berikhtiar untuk mengubati penyakit ini. Tetapi alhamdulillah kerana tidak terlalu banyak, cuma ada dua tiga aje kudis buta kat kaki dia tetapi gatalnya lebih.

Time dia balik ni, aku berbuih mulut pesan sapu ubat siang dan malam, makan ubat siang dan malam, di sana siapa nak pesan begitu kalau bukan diri sendiri yang melakukan begitu. Kekadang aku menelefon suruh sapu ubat padahal dia sudah sapu dan makan ubat. Itulah kasihnya ibu tiada tolak bandingnya.

Erm sambung cerita bab teksi tadi, lepas sembang dengan Hafiz dan ustazah jam dah pun menunjukkan pukul 12.00 lebih, Hafiz kena ada kat asrama sebelum jam 1.00 petang sebab dia nak masuk mandi, makan, pastu gi solat zohor pastu ada belajar lagi biarpun hari sabtu, tuisyen dan sebagainya lagi. Hafiz meminta izin untuk naik ke tingkat 14, dengan membawa barang-barang untuknya. Biasalah Hafiz... kalau kami nak datang dia pesan itu dan ini, jajan dan berbagai keperluan lain.

Kami menanti teksi di bawah tu, satu nak rm 25..pastu nak rm 25 dan lagi. Yang sepatutnya hanya rm 20 pergi dan balik diorang hentam rm 25. Ya itu bukanlah harga yang tinggi kalau kami terdesak hari itu, tetapi kami tak terdesak hari tu. Teksi kat sana ikut sedap diorang ajer nak ambik berapa tak pakai meter ke?. Sedangkan kat PJ ni panggil kat rumahpun baru rm 20 pergi dan balik. Memanglah nampak sangat kami ni berkira...tetapi bukan..itu hanyalah cara hendak mengajar pemandu-pemandu teksi yang tak reti bahasa ni, kalau diorang nak lebih sangat aku boleh naik komuter kat batu 3. Lagipun seingat aku ,kali terakhir aku naik komuter tahun 2006 ketika hendak ke rumah Lissa di Kampung Kastam dan turun di Kampung Raja Uda.

Rupanya kenangan itu kembali lagi kerana aku tak larat nak panjat tinggi untuk ke kl central makanya kami terpaksa melencong atau melancong ke Pelabuhan Kelang hari tu. Itulah tajuknya seperti yang tertera di atas. Berjalan sakan aku hari tu. Kalau nak panjat tangga tinggi tu rasanya aku pengsan di situ. Kerana keperihatinan ayah Lissa lah dahulu dia membawa kami ke Pelabuhan Kelang, kerana di situ tidak ada panjat-panjat tangga tinggi seperti di stesyen Kampung Raja Uda. Kenangan ketika pergi ke rumah Lissa pun menjelma bila melalui Kampung Raja Uda kerana di situlah ayahnya pergi mengambil kami dengan kereta Mercedeznya. Dan mungkin itulah kali pertama aku menaiki kereta mewah sebegitu. Kalau kat Rawang teksipun diorang pakai kereta mercedez lama.

Sampai ke Pelabuhan Kelang pusing balik ke Kl Central, memanglah nampak buang masa, tetapi itulah realitinya kerana aku tak larat nak panjat tangga tinggi. Wow korang janganlah kata kenapa tak ambik aje teksi biarpun rm 25 tetapi tak sampai setengah jam dah sampai kat rumah. Korang nak tahu duit yang tambang teksi tu aku boleh kasi kat anak aku di asrama. Begitulah korang kalau nak tahu, jangan kata berkira di zaman gawat sebegini. Korang tahu tak kalau kami naik komuter dua orang tambang gi balik ke KL Central guna kad oku baru rm 4. Berbaloi ke dengan rm 25 nak senang-senang aku bagi kat drebar teksi tu..minta maaf dan kirim salam. Kalau aku tak bagi kat anakku pun aku boleh menabung dan dah boleh beli baju untuk anakku. Hah ni cara kami mengajar pemandu-pemandu teksi, kerana tahap kegeraman akulah makannya aku boleh naik komuter hari tu...jangan bagi muka sangat kat pemandu teksi nih, kalau bab kenderaan awam ni kami dah banyak pengelaman suka duka yang pernah kami lalui. Tetapi kalau terdesak terpaksalah jugak ikut rentak depa, misalnya kalau waktu malam. Selalunya anakku pulang hari sabtu, petang ahad sebelum jam tujuh ayahnya hantar.

Kami sampai di rumah jam 3.30 lebih dan masih sempat bersolat zohor. Waaah itulah nak pergi tempat yang dekat tetapi jadi jauh. Hmm..kami tak kisah kalau kat PJ ke Shah Alam pun diorang nak ambik rm 25,kami bayar.. tetapi kat sini diorang ambik cuma rm 20 aje. Benar-benar cekik darah.Aku seronok hari tu kerana aku dapat naik komuter setelah lama aku tidak merasa naik komuter pergi pusing-pusing tengok laut dan kapal. Jangan gelak sudahlah.........kekekeke.

0 comments: