andai ini takdirnya utkku

Monday, July 7, 2008

selamat hari jadi Hafiz


Hari ini bertarikh 8.julai 2008 genaplah usia anakku Hafiz yang ke tiga belas tahun. Inilah pertama kali anakku tiada di sisiku pada tarikh keramat ini. Tetapi hari sabtu yang lepas aku dan suami pergi menjemputnya di asrama terus ke Mid-Valley membeli apa-apa keperluannya, itulah juga merupakan hadiah hari jadi untuknya, dia memilih baju dan makan-makan di Mid Valley. Hafiz tak berapa suka makan kek tetapi dia lebih suka makan nasi.


Demi Hafiz juga lah aku akan ke Basrah sempena family day pada 12. Julai ini, kalau bukan kerana Hafiz aku tak mahu ke sana. Entahlah perasaan rendah diri, jauh dari semua masih menebal dalam hatiku ini. Tetapi semuanya demi Hafiz. Inilah juga pertama kali aku bersama kawan-kawan suamiku, kalau sebelum ini hanya Hafiz dan ayahnya sahaja, kali ini buat pertama kali mereka adakan hari keluarga di luar Kuala Lumpur, sebelum ni di Ulu Yam, Putrajaya.


Tiga belas tahun yang lalu, inilah detik yang paling indah buat aku yang tidak pernah padam dalam hidup aku, menjadi seorang ibu, biarpun kelahirannya secara pembedahan kerana aku tidak merasa kesakitan seperti ibu-ibu yang lain menghadapi saat-saat genting seperti ini. Aku rasa diri aku terlalu relax dan santai ketika itu. Sampai di bilik pembedahanpun aku tak rasa apa-apa. Kalau nak diikutkan nak jugak rasanya bagaimana sakitnya bersalin tetapi mungkin hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dan selepas tiga belas tahun aku menanti lagi tika dan saat itu tetapi mungkin belum di izinkan lagi, sabarlah duhai hati. Untuk anakku Hafiz semoga menjadi anak yang soleh di panjangkan usia di murahkan rezeki, cepat habiskan hafazan, seterusnya dirimu akan melangkah ke hadapan dengan hati yang tenang dalam menghadapi segala ujian di dunia yang penuh pancaroba ini. Perjalanan ini masih terlalu jauh lagi anakku. Moga menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Syukur alhamdulillah kerana ibu ada Hafiz.

Rabbani feat. Mawi - Saksi

Saat dan waktu
Semasa hidupmu
Apa yang dilaku
Alpa merenung

Jangan kita lupa
Dia ketahuinya
Jangn kita leka
Segala dihitungnya

Dunia sementara
Sandiwara semata
Kembali padanya
Akhirat disisinya

Hidup penuh dosa
Tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka
Kan kita terimanya

Tangan berkata
Apa dilakunya
Kaki bicara
Kemana ia melangkah

Mata bersuara
Apa pandangannya
Telinga bercerita
Payah didengar

* Tiba detik masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Hanya kan mendengar
Mulut bersuara
Saksi berbicara

Amalan semata…

Sujudlah kepadanya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa

Mohon iman bertakhta
Tekadkan di jiwa
Ingat segala seksa
Amalan mu ditanya

0 comments: