Malam tadi tak pernah sepanjang program jangan tidur lagi aku menontonnya. Ini kerana tepat jam 11.00 malam aku dah lama di buai mimpi hehehe. Pendek kata aku tak boleh berjaga malam, kalau aku nak tengok cerekarama misalnya, bukan cerekarama yang aku tonton sebaliknya tv yang tengok aku tidur hihihih. Tapi malam tadi aku teruja nak tengok kanak-kanak cilik dan genius Adiputra. Ya anak itu anugerah Allah, di beri keistimewaan yang agak unik. Betapa cepatnya dia mengira soalan matematik yang di berikan oleh pengacara Azwan Ali. Seronoknya melihat kepetahan anak ini bercakap.
Adiputra adalah anugerah Allah,begitu juga dengan anakku, biarpun tidak secerdik Adiputra tetapi alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Hafiz mudah memahami teknik pengiraan yang di ajar Adiputra kepada pelajar-pelajar Tahfiz di As Solihin. Biarpun anakku tidak sepintar Adiputra tetapi syukur alhamdulillah kerana di takdirkan Hafiz belajar di tempat yang sama dengan Adiputra. Menurut kata Hafiz biarpun Adi terlalu sibuk tetapi anugerah Allah memang tidak dapat di sangkal dia bakal menghabiskan hafazannya tidak berapa lama lagi. Masya-Allah moga-moga tempiasnya terkena jugak kepadamu anakku. Manakala Hafiz masih di peringkat pertama dek kerana terbantut ketika terkena penyakit di asrama lamanya dulu. Tak apa nak segalanya bermula dari bawah...........bersabarlah.
4 comments:
salam awwa,
seronoknya dengar cerita awwa, walau seorg je anak tapi memilih jln agama..
ni nak berbaik2 ngan awwa, nak numpang tempias demo..
salam kak wan..
Erm tak taulah kak wan...anak ramai ke sorang ke...insya-Allah semoga semuanya jadi anak yg soleh dan solehah...kerana sy anak soranglah, sy nak dia pergi ke aliran agama..memandangkan sy sendiripun tak berapa reti nak mengajar.lagipun kak wan anak teruna sy ni kalu mengaji dengan sy banyak kecek..tp kalu dengan org lain kemain lagi eloknya..sbb tulah dia ni kena cari guru yg lain bukannya emak dia sendiri..sbb emak dia ni kekadang hangin jugak kekekeek......
semuga hafiz juga akan berjaya macam adiputra .. inshaAllah..
Adi anugerah Allah...moga2 adalah jugak tempaisnya ye........
Post a Comment