andai ini takdirnya utkku

Tuesday, December 30, 2008

selamat tinggal 2008, selamat datang 2009

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hadirnya 2009 dan Maal Hijrah 1430 memberi lembaran baru buatku. Semoga segala kenangan suka duka di tahun 2008 bakal menjadi memori terindah buatku. Semoga hari-hari yang bakal mendatangkan membuahkan hasil yang lebih baik dan cemerlang dan di berkati Allah s.w.t. Azam? tidak ada azam yang indah melainkan menjadi isteri ibu dan anak yang baik kepada keluargaku. Mudahan segala impian akan tercapai di tahun 2009 ini Insya Allah. Allah tidak akan menghampakan hambaNYA. Selagi ada usaha dan kemahuan di situ ada kejayaan. Lambat atau cepat itu urusanNYA. Siapa kita untuk mempertingkaikannya?Ya Allah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Semoga anakku Hafiz berjaya dalam hidupnya ameennnnnn...

Monday, December 29, 2008

Buah petola sulung

Haaa nilah hasil usaha Kak Awwa......dapatlah merasa sayur yang di tanam sendiri. Memang menyeronokkan. Insya Allah Kak Awwa bercadang hendak menanam sedikit sayur untuk di makan sendiri. Dari duk saja kat rumah ada baiknya isikan masa yang terluang. Memang seronok tengok hasil usaha sendiri. Biarpun hanya beberapa pokok tetapi seronok. Kata ayah alahai kurusnya pokok petola ni. Nak buat macam mana sebelum ini Kak Awwa bubuh baja bakar di sayuran...tetapi nak bakar sikitpun dah tak boleh dah. Bubuh baja yang di beli, tu pun bolehlah.........

Thursday, December 25, 2008

Sedih

Diam tak diam cepatnya masa meninggalkan kita 1429 hijrah bakal meninggalkan kita. Diam tak diam juga hampir dua tahun Kak Awwa berblog, bermula dari blog pertama Kak Awwa iaitu blogmyway. Ketika itu Kak Awwa tak ada kawan melainkan KS. Tetapi sekarang Kak Awwa dah rasa kehilangan kekawan, baik Ks, Epel, Fida, Keshi dan semuanya. Tetapi Kak Awwa sedia maklum kita semua ada kometmen masing-masing, sentiasa sibuk dengan tugasan rumah tangga dan kerja. Biarpun Kak Awwa bukan orang yang berkejaya tetapi kekadang sibuk juga dengan tugas seharian sebagai suri rumah tangga.Apa azam tahun baru Kak Awwa untuk tahun ni? Sahabat Kak Awwa Lea bakal menjadi ibu kepada anak yang ke empat. Kak Awwa bila lagi akan mendapat cahaya mata kedua? Aduhai persoalan yang tidak dapat Kak Awwa jawab. Umurpun sudah...

Tuesday, December 23, 2008

terbang ke langkawi

Tika dan saat ini Kak Awwa berada dihotel Kuah Langkawi. Kita merancang Allah jua yang menentukan. Tak pernah terfikir di hati Kak Awwa untuk datang ke sini. 22.12.2008 tu suami call dari ofis ajak Kak Awwa ke Langkawi tiket di sediakan. Suami ada meeting sehari di sini. Kak Awwa call Hafiz di asrama dia kata pergilah ibu,kat rumahpun tinggal sorang jugak. Terkilan jugak sebab tak dapat bawak dia, apa lagi Hafizpun tak pernah datang ke Langkawi seperti Kak Awwa juga... tetapi apa nak buat sekolahnya cutinya tak lama.23.12.2008Dengan menaiki KLIA Exspres kami ke KLIA, kalau nak diikutkan keluar dari PJ jalan jem teruk, pemandu teksi dah merungut. Akhirnya tiba juga di KLIA. Tak pernah lagi Kak Awwa menaiki pesawat di waktu malam, sebelum ni adalah tiga empat kali merasa menaiki pesawat tetapi...

Monday, December 22, 2008

Kenangan adiladha 10 zulhijjah 1429 hi

...

Sunday, December 21, 2008

sepi

Setelah pulang berhari raya aidiladha rasa angin malas untuk update blog mula menular dalam diri Kak Awwa. Nak kata takde cerita memang banyak tetapi entah mengapa terasa malas. Dek kerana kemalasan ini bersebab. Ayah dan emak Kak Awwa datang ke rumah Kak Awwa 10.12 dan pulang 21.12 yang lalu. Sepuluh hari kedatangan mereka, Kak Awwa banyak mengisi masa-masa terluang bersama mereka, masak buat itu dan ini bersama. Ayah Kak Awwa yang sakit bahupun sempat lagi mencangkul tanah di belakang rumah untuk Kak Awwa menanam sayur-sayuran.Sepanjang Hafiz di rumah, Hafizlah dengan tok ayahnya pergi ke pasar tani seksyan 14 untuk membeli ikan dan sayuran. Ini kerana suami Kak Awwa sakit lutut tak boleh berjalan selama beberapa hari setelah pulang dari kampung. Memanglah dah lama dia sakit lutut tetapi...

Wednesday, December 3, 2008

salam kemaafan di aidiladha

Di kesempatan ini Kak Awwa ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua rakan-rakan bloggers tak kira walau di mana sahaja berada. Ampun maaf kalau ada terkasar bahasa samada dalam penulisan atau apa-apa jua yang menyinggung perasaan kawan-kawan semua. Ampun maaf juga kerana tidak sempat untuk menjengak ke blog kawan-kawan, ini semua keadaan yang tidak mengizinkan.Halalkan apa yang termakan dan terminum,terberi dan sebagainya lagi. Salam sayang dan salam persabahatan untuk semua...........andai di panjangkan umur berjumpa lagi..........

demam

Alhamdulillah hari ini biarpun kepala masih lagi terasa berdenyut-denyut tetapi Kak Awwa gagahkan juga untuk menjenguk blog. Sudah lima hari Kak Awwa demam dan sakit kepala yang melampau, kini ianya berjangkit pulak kepada suami Kak Awwa. Minggu ini langsung dia tak pergi kerja. Aduhai suratan takdir atau kebetulan,tak pernah lagi rasanya demam serentak. Bayangkanlah tinggal berdua tetapi dua-dua demam dan sakit kepala. Kak Awwa cuma bertahan dengan penadol biarpun Kak Awwa tak suka sangat makan ubat. Tetapi kerana hendakkan cepat hilang sakit kepala Kak Awwa terpaksa telan jugak. Kak Awwa jarang sakit kepala, inipun kerana Kak Awwa terkena hujan ketika membuang sampah petang jumaat itu. Selama ini Hafizlah yang membuang sampah kat luar sana, kalau Kak Awwa tidak lupa pagi-pagi Kak Awwa akan...