andai ini takdirnya utkku

Monday, August 10, 2009

ibu jangan susah hati, Hafiz selamat kat sini

Semenjak penyakit HINI melanda negara hati Kak Awwa semakin resah gelisah. Teringatkan Hafiz, tiap-tiap hari telefon pesan suruh jaga kebersihan dan macam-macam pesan lagi. Tuhan sahaja yang tahu hati emak mana yang tidak rindukan anaknya. Ibu jangan susah hati, Hafiz selamat kat sini, ibu jangan susah hari tentang Hafiz, nanti Hafiz balik. Di sekolahnya tiap-tiap hari buat solat hajat minta di jauhkan dari penyakit ini. Hari-hari kita dengar ada saja yang meninggal dunia kerana H1N1 atau untuk lebih senang cerita selsema babi.


Suami Kak Awwa pergi dan balik kerja pakai mask. Biarlah banyak orang yang tidak memakai mask tetapi rasanya lebih baik mencegah dari mengubati. Sebagai langkah berjaga-jaga kita berhati-hati. Memanglah penyakit ini adalah satu musibah peringatan dari Allah S.wT kepada hambaNYA yang masih lagi lalai di buai mimpi nan indah. Walau sehebat manapun manusia dengan ciptaan yang canggih manggih tetapi kalau dah Allah sebut KUN/ Jadilah maka jadilah. DIA menghantar virus yang begitu halus bagaikan angin berdesir meniup lembut hinggakan membawa maut. Manusia tidak dapat menciptakan ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Kuasa Allah mengatasi kuasa manusia. Mungkin ini juga petanda dunia hampir kiamat, mungkin ini bala, mungkin juga ini amaran dari pada Allah s.w.t. Innalillah hi wainna ilaihi rajiun.

Alhamdulillah petang ini hujan, sedikit sebanyak jerebu berkurangan. Nampak redup rupanya jerebu. Hotel Armada nampak kelabu. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita. Sama-samalah kita buat solat hajat dan berdoa semoga Allah jauhi kita dari penyakit merbahaya ini.

0 comments: