andai ini takdirnya utkku

Wednesday, August 19, 2009

Hadiah anniversary


Masih bercerita tentang tarikh 18 Ogos 2009. Sudah dua hari suami Kak Awwa tak sihat demam dan batuk, tetapi tak berapa serius. Sudah puas Kak Awwa menyuruh suami ke PPUM tetapi dia kata tak apa demam sikit je. Selasa 18.8.2009 suami Kak Awwa pergi kerja seperti biasa dengan memakai mask. Semenjak H1N1 melanda negara Kak Awwa selalu mengingatkan dia supaya sentiasa pakai biarpun ada sesetengah orang merasa rimas memakainya.

Tenghari dia menelefon memberitahu batuknya tak henti-henti dia demam dan sesak nafas. Dah pergi ke klinik panel doktor sana suruh rujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan. Oleh kerana PPUM dekat dengan rumah tak menjadi masalah.

Dia pulang jam 2.00 petang dengan membawa lemang dan rendang daging. Dia kata teringat Kak Awwa teringin nak makan lemang. Katanya dia rasa lapar sangat sebab tak makan dari pagi lagi. Kak Awwa masakkan air dan bancuh teh panas. Dia teringin menjamah lemang dan rendang daging. Kak Awwa kata tak payahlah berminyak sangat, Kak Awwa nak masak bubur dia kata takde selera. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kak Awwa kata tarik nafas perlahan-lahan. Tiba-tiba Kak Awwa jadi panik sebab dia bernafas bunyi kuat sangat. Sebelum tu air mata Kak Awwa tak putus mengalir kerana memikirkan apa yang akan terjadi kepada Kak Awwa andai sesuatu berlaku. Keluarga jauh, anak nan seorangpun jauh di mata. Dengan siapa kami hendak meminta tolong? Kawan pejabatnya boleh di harapkah? Semuanya bermain di fikiran. Suami tak bagi Kak Awwa menangis katanya lagi bertambah sesak nafasnya. Kak Awwa tahan air mata, tetapi keluar juga. Suami tersungkur di meja dalam keadaan nafas berbunyi kuat. Dalam keadaan panik Kak Awwa melafazkan kalimah syahadah di telinganya. Masa tu Kak Awwa ingin meraung tetapi Kak Awwa harus mengingatkan diri jangan panik. Kak Awwa lafaz kalimah syahadah dia ikut perlahan-lahan. Kak Awwa mengurut belakang dan usap lembut di kepala suami. Bila keadaan semakin okey, dia kata hendak pergi solat. Kak Awwa teringat pesanan Dato Fatmah Zahra kata kalau hati rasa gelisah sedih baca doa Nabi Yunuf. Kak Awwa baca doa tu alhamdulillah tenang. Selepas solat dan zikir suami kata nak rehat. Kak Awwa biarkan dia rehat dan perhatikan dia sambil sapu air di kepala untuk mengurangkan panas badan.

Bila semakin baik malamnya dengan hati yang sedih lepas dia pergi ke PPUM seorang diri. Katanya kalau pergi waktu malam terus ke Trauma. Kalau suami orang lain sudah pasti di temani isteri tetapi dia pergi sendiri. Ya Allah pincangnya diri ini, sekali lagi air mata mengalir di pipi. Kalau ikutkan doktor panel dah bagi surat suruh masuk ward. Tetapi malam itu penuh, tepat jam dua pagi suami Kak Awwa belum pulang lagi, Katanya orang terlalu ramai.

Kak Awwa tak dapat nak lelapkan mata hinggalah bunyi pintu pagar di buka. Suami Kak Awwa pulang akhirnya. Dia kena kuarantin di rumah bukan kerana H1N1 tetapi sebab dia ada diabetis bimbang takut terkena jangkitan baik kuarantin di rumah dari pergi kerja. Maklumlah orang berisiko tinggi H1N1 ni kebanyakannya orang yang ada penyakit kronik. Hari isnin ni pergi lagi. Semoga bertambah baik dan janganlah masuk wad, sedih berpuasa sendirian.

Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun Kak Awwa. Pagi tadi telefon mak mertua, mak suruh makan bawang putih tiga ulas, habbatu sauda, air kepala(ops silap air kelapa muda) dan kurma dan jus epel hijau. Dalam buletin malam tadi suruh makan daun selasih. Di India ramai penduduk tetapi kematian hanya 22 orang. Di Malaysia hingga mencecah 67 orang. Ini membimbangkan.

Tarikh itu tidak mungkin Kak Awwa lupakan. Di saat seperti ini teringatkan Hafiz. Telefon mek di kampung memberitahu yang kakak Kak Awwa pun tahap kesihatannya tidak baik. Ada jiran-jiran yang asmanya teruk meninggal dua hari lepas.

Di TV1 sekarang ni H One N One di sebut H Satu N Satu tak sesuai langsung mungkin nak samakan dengan 1 Malaysia tetapi bunyinya tak sedap langsung, senang cerita sebut je selsema babi. Manusia yang selsema tapi babi yang dapat nama. Babi hidup aman damai manusia yang mati. Antibodi babi ni kuat, masuk dalam badan manusia, manusia yang kena penyakit.

Allah dah bagi peringatan untuk kita, harap-harapnya kita ambil ikhtibar dari semua ini.

6 comments:

Salam Kak Awwa.Syafahallah...moga Allah memberikan kesembuhan buat abang Fazil dan kak Awwa.

Salam epel..mudahan begitu..terima kasih epel..

Salam Awwa,
harap bersabar..moga bulan ramadhan ini membawa seribu rahmat kepada kita semua.
selamat menyambut bulan ramadhan..

Salam kak wan..terima kasih selamat menyambut bulan ramadhan utk kak wan dan keluarga..semga allah membuka pintu2 taubat utk hambaNYA amin ya rabbal alamin...

Salams.. Semoga kak Awwa dan abg Fadil sentiasa diberikan pelindungan dari Allah... Dan semoga bersabar dan tabah selalu.. insyaAllah Ameen

Salam Kesih Insya Allah.Kak Awwa selalu berdoa semga di beri kekuatan dlm menghadapi apa jua dugaan. Itulah yg di namakan kehidupan. Sihat sakit adalah lumrah selagi masih benafas.

mungkin ada lagi yg hebat di uji tetapi mereka tetap bersabar. Kita ini cuma sedikit dah mengelabah. Ya Allah kalau tidak di uji pastinya kita tidak cermin diri kita, pastinya kita semakin lalai dan alpa terutama sekali dalam mencari kasihNYA. DIA kasihkan hambaNYA tetapi hambaNYA kekadang alpa...Semoga dengan berkat ramadhan ini pintu2 taubat kan terbuka seluas-luasnya amin...