andai ini takdirnya utkku

Friday, August 28, 2009

raya terakhirku~cukup sampai di sini~

Mungkin membaca tajuk di atas seolah diri ini akan pergi jauh meninggalkan semuanya? Ya Allah andai ada kasihMU padaku, aku bermohon padaMU pinjamkanlah sedetik lagi umurku milikMU ini untuk aku menjadi hambaMU, untuk menambahkan amal ibadatku yang terlalu banyak kekurangannya Ya Allah. Moga di panjangkan umurku lagi demi agamaku dan anak serta suamiku.

Dua tiga minggu lepas kakak Kak Awwa yang Kak Awwa panggil dia Kak As menjemput kami sekeluarga untuk ke majlis walimatul urus puteri sulungnya Nurul Hasnul Syuhada. Di hati ini berbelah bagi mahu balik atau tidak? Kalau nak balik kampung sebelum puasa dah menempah tiket keretapi atau bas. Kak Awwa dah serik naik bas ni( tapi kalau terdesak naik lagi), sebabnya bas takde tandas kekadang tahan sampai membengkak perut. Kalau berhenti kat mana-manapun tandas jauh, tak mesra OKU langsung. Tetapi kalau tak tahan sangat kena pergi jugak biarpun jauh. Melecetlah ketiak Kak Awwa bawak tongkat ni. Kalau naik keretapi pulak ada tandas tetapi lambat sampai. Tak kisah sangat tentang tu, nak solatpun senang, solat je kat kusyen tu ada orang kesah kat kita? takdepun nak solat kat mana-manapun. Nak ke surau jauh kena lintas beberapa gerabak nak sampai ke surau.

Tak balik berbelah bagi, anak saudara nak menikah sekali je seumur hidup tak kan lah tak balik. Kalau naik keretapi dekat je dengan rumah kakak turun di Tanah Merah. Diorang pergi ambil kat stesyen tu. Tetapi tulah takdir takde siapa yang tahu suami Kak Awwa tak sihat di kuarantin di rumah pulak. Jumaat semalam pergi hospital kata doktor bebas dari H1N1. Tetapi ada masalah paru-paru di ibaratkan seperti daun kering yang di makan ulat, sebab itulah pernafasannya cepat semput/seperti orang lelah kerana masalah itu biarpun tidak ada athsma. ( Di sebelah suami takde keluarga yang asthma lainlah belah keluarga Kak Awwa.)Nauzubillah.
Andai ini takdirnya untukku aku terima dengan redha. Allah itu tidak akan menguji hambaNYa di luar kemampuannya. Selagi terdaya teruskanlah hidup ini........

Selepas ke PPUM suami terus ke KL Central nak tengok-tengok tiket kot-kot ada lagi saki baki. (alhamdulillah suami Kak Awwa mula kerja balik 1 Sept ni mana boleh cuti lama-lama bukannya kerja sendiri). Nak balik Kelantan ada lagi tiket keretapi tetapi tiket kami nak pulang semula ke Kuala Lumpur tak ada. Kalau adapun yang bertarikh 11 Sept. Kak Awwa tak kisah duk lama-lama kat kampung, tetapi tak sampai hati pulak nak tinggal suami dalam keadaan dia tak 100% nya sihat, diapun dah kerja masa tu. Fikir punya fikir tak apalah, lagipun kakakpun sangat-sangat faham masalah kami. Biarlah Kak Awwa berkorban kerana selama ni pun suami banyak berkorban untuk Kak Awwa.

Kak Awwa ni kalau nak pulang naik keretapi banyak menyusahkan suami walaupun dia tak kisah dan tak suka bila Kak Awwa kata menyusahkan. Nak berjalan kat KL Central tu jauh, nak pergi naik keretapipun jauh. Mahu tak mahu kena pinjam jugak kerusi roda tu. Pastu bila Kak Awwa dah naik keretapi dia akan pergi hantar pulak sebab orang KTMB ambil ICnya( takut kami bawak naik kerusi roda tu sekali kot) Pernah suatu ketika tu suami Kak Awwa pergi hantar kerusi roda pastu keretapi dah berjalan, Kak Awwa ingat suami tak naik lagi, tapi rupamya dia ada dalam keretapi kat drebar . Masa tu mengelabah jugak Kak Awwa. Bimbang takut di tinggalkan, padahal diorang tak tinggal mudah-mudah. Macam tu lah Kak Awwa bukannya senang nak pulang beraya seperti orang lain.

Memandangkan Kak Awwa akan keluar dari sini akhir tahun ni, ni lah raya terakhir Kak Awwa di sini. Selepas ni Kak Awwa kena cari rumah kecil-kecil senang nak mengemas. Tak perlu rumah yang besar kalau isi rumahnya cuma dua orang. Hafizpun balik sekali sekala je. Banyak kenangan selama tinggal di sini selama empat tahun. Bertemu dengan rakan-rakan blogger, komuniti, relexjap dan gokum. Mungkin ini hikmahnya. Tak lama lagi tinggallah semua ini dengan kenangan suka dan duka. Nampaknya raya tahun ni kat sini sahajalah. Raya bertigalah kami, nak pulang ke Kedahpun tiket dah habis. Mungkin kami beraya di kampung kedua kami di Rawang rumah Kak Asmi. Tunggu tiket balik raya bersama TV9 dan LG pun belum ada rezeki lagi. Tahun lepas tiket pergi dan balik dengan Tv3.

Memanglah sedih raya tak dapat nak bersama ibu bapa dan keluarga. Tetapi apalah daya. Tak mengapalah beraya di sinipun best jugak, malam raya boleh pergi beli baju dan kuih murah-murah. Hafizpun ada. Itupun kalau suami sihat. Seperti tahun yang lepas-lepas Kak Awwa tak buat kuih raya(kalau buatpun jenis yang bergoreng), kali terakhir Kak Awwa buat kuih ketika di Rawang dulu bersama jiran-jiran. Kalau nak buatpun membazir je sebab Hafiz dan ayahnya tak berapa suka makan kuih-kuih raya.

Tetapi tak dapat di sembunyikan rasa sedih di hati ini. Tentu keluarga Kak Awwa bergembira bakal mendapat keluarga baru dalam keluarga kami. Walaupun kakak Kak Awwa tak sihat tetapi pasti kegembiraan tu terpancar juga dapat menantu pertama. Tentu seluruh keluarga Kak Awwa yang jauh dan dekat berkampung di rumah kakak di Tanah Merah, tentu meriah. Tak mengapalah dari jauh hanya doa yang mampu Kak Awwa hadiahkan.

Semalam telefon Hafiz, kalau ikutkan keluarga Kak Awwa nak ambil dia balik kampung. Tetapi Hafiz nak balik sini sebab dia rindu kan ibu ayah dia. Diapun nak balik tengok komputer dia. Tak kanlah Hafiz beraya kat sana Kak Awwa dan ayahnya di sini. Anak kita susah senang bersama kitalah. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sanggup berkorban nyawa..kasihnya saudara masa berada sahaja. Hafiz tak kisah beraya kat sini, kalau ada tiket lepas-lepas raya ni boleh balik Kedah.

p/s Sekadar berkongsi kisah bukannya dengan niat apa-apa. Semalam tengok drama di Tv2 "hati yang merdeka" Kisah kehidupan oku dari susah menjadi berjaya, dan pernah tengok video oku takde kaki dan tangan dari luar negara tetapi dia banyak memberi motivasi kat kita semua. OKU kena merdeka jiwa dan raganya agar tidak merasa rendah diri. Kita kena motivasikan diri sendiri. Erm banyak lagi dah terlupalah pula....


Melukut di tepi gantang ~Aisyah


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi


Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...

p/s lagu ni Kak Awwa suka tetapi takde kena mengena dengan apa-apapun, saja-saja je....
Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 52. Ini juga merupakan kali terakhir Kak Awwa menyaksikan bunga api di halaman rumah ni.

4 comments:

Salam kak Awwa..
Alahai..sedihnya am baca entry ni. Banyak perkara yg diluar kawalan kitakan. Semoga kak awwa dan keluarga tabah menghadapinya. Kalau kak awwa balik naik keretapi pastu balik sini naik flight pun tiket yg harganya berpatutan dah habis ke? Manalah tau kot2 masih ada. Itu pun ok kan...cuma utk kak awwa dan abang fazil sahaja. Cubalah kak..manalah tau....

Salam am..erm sedih ke kekeke..saja je tu. Takpalah raya sini jadi org takde kg hehehe..

salam kak.. harap akak sabar dan mesti selalu senyum.. Insyaallah 10x raya lagi bleh raikan

Salam Maiyah..bukan kerana hari raya sangat maiyah, tetapi walimah anak buah tersayang. Insya Allah moga kalau di panjangkan umur akan dapat berhari raya dengan keluarga di kg. memang menjadi tradisi org kelantan walau bagaimana payah sekalipun akan pulang sambut raya dengan keluarga..raya hajipun. Sambut posapun dengan family kalau boleh..tp apa nak buat berjauhan....