Assalamualaikum.....
Cepatnya masa berlalu...dahpun di bulan syaaban kita ini ya. Tak berapa lama lagi bulan ramadhan pula akan menjelma. Alhamdulillah kerana masih lagi bertemu dengan bulan ramadhan untuk tahun ini. Harap-harap akan di panjangkan umur semoga bertemu lagi dengan bulan ramadhan di tahun akan datang.
Hmm, nampaknya musim cuti sekolah ini seperti biasa aku tak pergi ke mana-mana, oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Ni sajalah kerjaku sejak akhir-akhir ini mengadap komputer..menziarah dari satu blog ke satu blog orang yang ku kenali atau tidak ku kenali. Sejak dua menjak ini aku suka ke blog motivasi saudara Shueqry banyak yang dapat ku kutip pengajaran dari sana. Aku juga menjelajah ke blog-blog usahawan seperti Linncomel dan sebagainya. Kata suamiku blog bukanlah sekadar suka-suka aje...tapi boleh mendatangkan banyak faedahnya...contohnya aku ni sepenuh masa di rumah...nak kena belajar banyak benda lagi. Tu yang payah tu....untuk mengisi masa lapangku aku belajar menulis novel...insyaallah dengan suntikan semangat yang di berikan oleh teman-teman aku akan mencuba sedaya yang mampu. Apalah daya aku hanya itu saja yang termampu aku lakukan.
Eh lupa, tak sampai dua minggu lagi rasanya rakyat Malaysia akan menyambut hari merdeka....selalunya di perumahanku ini tidak payah untuk keluar untuk melihat bunga-bunga api yang berkilauan...kerana cukuplah sekadar melihat dari rumah saja. Inilah untungnya tinggal di sini....tetapi rasaku tidak lama aku akan tinggalkan jua kawasan ini...kawasan yang meninggalkan banyak kenangan suka dan duka. Sungguh cepatnya masa berlari meninggalkan kita....sedar-sedar dah akhir tahun dah...begitulah juga dengan perjalanan umur kita bakal meniti hari-hari tua. Terdetik jua di hatiku...apalah benda yang telah aku lakukan di sepanjang tahun ini? Semoga hari-hari yang berlalu menjanjikan sesuatu yang berfaedah untuk kita bersama.
Akhirnya aku ingin mengucapkan ~SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 50 TAHUN KEPADA SEMUA~ bersyukurlah kerana kita hidup di bumi yang tidak di landa peperangan. Cuba kita bayangkan mangsa-mangsa peperangan...Na'uzubillah himinzalik...cukup sekadar ini dulu bila idea datang mencurah sambung kembali.
0 comments:
Post a Comment