andai ini takdirnya utkku

Sunday, September 9, 2007

~Aku terharu~

Assalamualaikum..

Hari ini Epel dan kawan-kawannya datang ke rumahku bertungkus lumus membersihkan kawasan rumah. Alhamdulillah berkat usaha mereka kawasan rumahku sudah cantik dan kemas. Memang tak terjangkau dek akal yang mereka sanggup berpanas dan bernyamuk demi kerana hendak menolong aku. Barangkali inilah yang di namakan keikhlasan yang sebenar. Bukan hanya di lafazkan di bibir saja. Terharu aku melihat kesungguhan adik-adik ini. Manakala Epel dan dua orang adik Lisa dan Riza bertungkus lumus pula memasak menunya yang kalau aku sebut korang pulak yang terliur huhuhu. manakala aku pulak tolong makan. Seronok aku tengok diorang makan-makan..memang menceriakan. Agaknya kalau Hafiez dah besar nanti beginilah agaknya jadi anak teruna. Rupanya ada seorang adik yang sedaerah denganku. Memang baguslah adik-adik ini. Harap-harapnya bila Hafiez besar nanti beginilah juga.

Kesian kat adik-adik ini keletihan agaknya jarang memegang cangkul dan parang kerana sibuk dengan study. Tetapi diorang memang ada kepakaran dalam melakukan kerja-kerja begini. Bagiku diorang tidak terlalu manja....walaupun terpelajar. Itulah juga yang cuba aku katakan kepada suamiku...maklumlah suamiku bukannya jarang melakukan kerja-kerja sebegitu. Dia lebih suka duduk dalam aircond ( sejuk bangat) dan mengadap komputernya. Maklumlah orang kalau dah di manja begitulah. Bila dah besar pula ke asrama dan seterusnya ke luar negeri. Mana mungkin biasa buat kerja-kerja begitu. Tetapi bila dah bergelar suami aku dia kena buat juga. Kenapa aku suruh sangat...bukan aku memaksa tetapi....kerana aku minat diapun kena minat jugak...sebagaimana dia ajar aku minat kat komputer. Begitulah jugak dia kena minat apa yang aku minat hehehe siannya dia. Tapi demi untuk kebaikan bersama...bukan untuk mendera hihihi kenapa sebabnya.........

1- Kerana aku suka berkebun dan melakukan kerja-kerja begitu...biarlah kulit gelap kerana terik mentari tetapi ianya membuatkan aku happy melakukan kerja-kerja yang aku suka. Suamiku pun kena ikut aku supaya aku lebih bersemangat. Bagiku inilah rehat yang sebenarnya.

2- Untuk menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan banyak peluh...sepanjang hari duduk di ofis apalah salahnya hari sabtu dan ahad melakukan kerja-kerja begini. Barangkali kalau dah orang tak berapa minat ni memang tak suka buat kerja begini. Berbeza dengan aku itulah ubat astmaku sebenarnya. Lagipun memandang pokok hijau sedap mata memandang. Kalau apa jawatan sekalipun kalau berminat memang tidak menjadi masalah. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih . Dan banyak lagi kelebihannya. Nak tulis apa lagi???

Kepada Epel dan adik-adik terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan hanya Allah s.w.t sahaja yang membalas kebaikan kalian. Semoga hidup kalian di berkati Allah selamanya. Buat Epel bukan aku memuji kerana aku tak pandai memuji. Tetapi mengenali dirimu menjadikan aku banyak bersyukur dan berterima kasih. Walaupun korang terpelajar...tetapi korang tidak sekali sisihkan aku dan famili apatah lagi dalam diriku yang tidak seperti orang lain ini. Rupanya kita ini hanyalah sama tiada beza dan tiada tarafnya...cuma manusia saja yang menciptakan darjat dan segalanya. Walhal pada hakikatnya di sisi Allah kita adalah sama...yang membezakan kita cuma amalan kita. Semoga hidup kita dan anda semua di berkati dan di beri kebahagiaan dunia dan akhirat. Buat Epel moga-moga cepat habis belajar, buat Lea jugak walaupun hadirnya seketika tetapi cukup menceriakan aku... buat adik-adik yang hensem dan cute Syed Muhamad Al- Azi, Mohamad Tarmizi, Muhamad Nazif, Muhammad Nor Hazli, Riza dan Lisa good luck semuanya semoga di berkati Allah sokmo. Buat suami dan anakku juga mekasih kerana menyertai mereka membersihkan halaman rumah...dah terang pokok jambu kita dibelakang rumah di kerjakan oleh abe. Bukan tak tau buatpun hehehe.....tapi sajalah kalau duk mengadap komputer ralit la jawabya........


0 comments: