Assalamualaikum......
Huh..aku tak taulah nak tulis apa kat blog sejak akhir-akhir ini...kekadang aku tulis tajuk dan aku tinggalkan. Agaknya tak seperti orang lain aku ini. Orang lain kalau menulis blog penuh dengan isi yang menarik. Tapi aku entah..... itulah aku suka mengembara dari blog ke blog orang baca apa cerita orang. semalam aku sembang-sembang dengan Cik Epel yang datang menghantar baju rayaku. Mekasihlah Epel sayang kerana banyak benar budinya kepadaku, dari membawa kain-kainku ke taylor dan menghantarnya pula ke rumahku...aku tak tau nak cakap apa aku bersyukur kepada Allah s.w.t... kerana di kuniakan teman-teman yang memahamiku yang ikhlas menolongku. Rasanya payah untuk menemui orang yang memahami keadaan aku. Aku tak pandai memuji...kerana bila kita memuji ada yang di salah ertikan. Ada pujian menyindir, nakkan sesuatu dan berbagainya lagi. Cuma yang dapat aku katakan aku ini tidak punya apa-apa...dalam persahabatan aku nawaitu kerana Allah tidak mengharapkan apa-apa...apa yang mampu aku berikan adalah doa buat mereka. Kalau orang lain berpangkat aku tak ada...apa lagi harta benda...cuma yang dapat aku berikan sebuah persahatan yang tulus. Aku tak reti nak sebut ikhlas kerana bagiku keikhlasan itu hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. Cuma yang ada dalam hatiku ini sayang kepada rakan-rakan yang telah ku anggap saudaraku. Aku berdoa semoga mereka di berikan kebahagiaan di dunia juga di akhirat.
Waduh...tajuk pecinta pink...tapi sudah lari dari tajuk asalnya. Entah...kekadang kat blogku tajukpun aku tak tau nak tulis apa. Berbalik ceritaku sembang dengan Adik Epel tadi hihihi. Aku cakap kat dia...bila di fikir-fikirkan untuk apa ler akak berblog ni? Nampaknya blog ni seperti tempat luah perasaan pulak...kekadang rasa malu ler pulak. Tapi kata Epel...hmm........ tak semua orang nak baca kat blog kita. Apa yang kita tulis boleh di jadikan pengajaran buat orang lain...contohnya sebagai OKU...aku bercerita kisah aku...tentu bagi yang tidak memahami OKU akan memahaminya serba sedikit...bagaimana payahnya perjalanan hidup sebagai OKU. Bukanlah maksud aku hendak mempromosikan keokuanku....jauh sekali untuk meraih simpati orang. Agaknya kalau takde blog tak taulah aku... tak boleh lah nak hentakkan jejariku di keyboard. Inilah dunia ku.
Hari ini merupakan hari terakhir UPSR...huh.... enjoy sakanlah anakku...lega rasanya. Tak payah nak fikir lagi tentang UPSRnya. Keputusannya aku berserah kepada Allah s.w.t.
Malam tadi pula suamiku sibuk tanya nak balik ke mana raya ni. Aku tak tau nak beri jawapan yang tepat...tahun lepas aku dah beraya di rumah mak mertuaku di Yan. Raya korban hari tu pulak aku dah beraya dengan familiku di Kelantan. Tiga K ada dalam kepalaku sekarang ni...Kedah, Kelantan dan Kuala Lumpur. aku tak dapat nak beri jawapan. Terlalu sukar rasanya...sukar kerana aku OKU. Sudah banyak kesukaran yang telah aku lalui. Posa belum lagi dah kalut nak cakap pasal raya...entahlah...bukannya mudah orang seperti aku ni.
Hah.... warna pink......aku memang pencinta warna pink dan hijau...sejuk mata memandang. Rasanya blogku ini akan kekal dengan warna pink dan hijau...dah malas nak tukar warna dah. Hmm...nak tulis apa lagi ya tu laaa tak tau....jumpa lagi........
2 comments:
waalaikumsalam..
sy nanti ni.....dgn sabarnya sambil menguyah roti sekeping!
:D
kelakarlah..tp knp tag sy tu belum buat...
hmm gitulah sy ni kak jie..kalu nak tulis tajuk aje hahaha..pas tu citernya apapun sy x tau huhuhu....
Post a Comment