Sejak akhir-akhir ini memang takde idea dan mood untuk menghentakkan jejariku di keyboard memang rasa serba tak kena. Kesihatan yang tidak menentu...memang tabiat aku kalau dah kurang sihat aku biarkan sakit itu berhenti dengan sendirinya. Aku memang tidak suka makan ubat hospital.Satu lagi kalau aku tak sihat aku keluar melihat pepohon hijau...benarlah dapat memberi ketenangan dan terapi buatku.
Nampak gayanya aku tiada plan untuk balik ke mana-mana raya ni. Memanglah hati tu rindu teramat sangat kepada emak dan ayah...tetapi nak buat macam mana nak balik agak susah. Semua tiket bas nak ke pantai timur habis licin. Keretapi adalah...tapi rasa macam tak sempat nak balik...maklumlah cuti sekolahpun tak lama. Anakku tak boleh berlama di sana.Paling tidak seminggu dua dia di kampung. Kesian pulak kat dia, dah lah kat sini tak ada kawan...kalau balik kampung ramai geng.
Entahlah...aku rasa dalam di lema...nak balik tak balik? Rumah mak mertua? Nak balik ke rumah mak mertua tahun lepas dah balik sana...memang dalam di lema....
sambung sini ajelah........
Sabtu 8 september 2007
Cadangnya nak pergi ke Pusrawi...tetapi entah bagaimana bila dah keluar dari rumah astmaku hilang....agaknya terkena akon lah kot, terima sms dari Epel...dia maklumkan kepadaku semuanya sudah di beli untuk hari esok nak ajak adik-adik/kawan-kawannya tolong bersihkan kawasan rumahku. Aduhai...baik sungguhnya dia ini...tidak pernah terfikir aku untuk melakukan semua itu . Suamiku mengajakku ke Sogo ...jangan tak tau aku tak pernah ke Sogo...ni lah kali pertama aku ke Sogo. Huih malu kalau orang tau. Tapi itulah kenyataannya. Selama ini aku cuma lalu saja tak pernah nak singgah. Sebabnya aku tak berminat...lainlah kat Mid Valley senang untuk OKU. Kat sanapun ada whell chair bolehlah pinjam.
Memanglah lumrah manusia suka bershooping bila ada jualan SALE...huih... kalau dah Sale ni lah yang orang cari..maklumlah semua baju berjenama di jual dengan harga yang murah. Suamiku teruja jugak hendakkan baju PADINI hehehe..teringat baca kat blog KS. Tapi fulamak nak masukpun tak boleh ramainya manusia duk hurung dengan kita yang berwhell chair ni lebih baik tak payah ler. Aku ajak suamiku balik...bagiku ianya amat merimaskan...aku jadi sesak nafas. Sungguh tak selesa aku dengan suasana begitu, lebih baik aku balik tengok pokok lalang aku dari pergi bersesak-sesak dengan manusia...lainlah kalau ke Mekah untuk semua umat islam mengerjakan amal ibadat. Itulah aku lebih suka bershooping di Midvalley...suasana walaupun penuh sesak juga...tetapi seronok. Itulah belum lagi nak raya...kalau tidak penuhlah dengan manusia pergi shooping untuk baju raya pulak. Penuhlah di jalan-jalan dengan berbagai jenis pakaian. Tetapi aku agak beruntung tahun ini kerana segala baju raya aku Epel yang pergi tempah..Cuma untuk anak dan suamiku aje...tak susah diorang pergi beli saja. Tapi aku nak pakai gi mana balikpun tak...hisy... entahlah. Eh, dahlah...... aku kalau tak merepek memang tak sah.
0 comments:
Post a Comment