andai ini takdirnya utkku

Tuesday, September 18, 2007

~Kenangan lalu mengamit kembali~

Asalamualaikum dan salam ramadhan al mubarak buat saudara seislamku

Bulan-bulan puasa begini aku hanya menziarahi dari blog ke blog orang. Banyak cerita yang aku baca..cerita tentang kenangan di bulan puasa dan berbagainya lagi. Terdetik juga di hatiku untuk berkongsi cerita dengan kalian. Ceritanya tidaklah menarik..tetapi sekadar untuk mengenang kembali apalah salahnya, kerana bagiku kenangan tak kan hilang ianya sentiasa segar dalam jiwaku.

Kisah duka allahyarham ayah mertuaku Haji.....??? sebelum aku bercerita lebih lanjut lagi.......

Nun jauh di perkampungan di sebuah negeri di utara aku menetap bersama suami dan anak di rumah peninggalan arwah ayah mertuaku. Ketika itu anakku Hafiez baru boleh berjalan. Sementara emak mertuaku bertemu jodoh untuk kali kedua dengan seorang pak haji dari sebuah pondok di bandar...??? Emak mertuaku masih muda ketika itu baru berumur empat puluh lima tahun ( masa menikah dengan suami keduanya)...masa mudanya dia terpaksa menjaga suaminya iaitu ayah mertuaku yang kembali kerahmatullah. Aku tabik spring kat mak mertuaku kerana dia inilah contoh isteri mithali yang sanggup menjaga suaminya selama berpuluh tahun. Kalau nak dikutkan menurut cerita emak mertuaku, ketika suamiku berusia lapan belas tahun ketika itu dia pergi jauh menuntut ilmu ke negeri asing USA ayah mertuaku sudah sakit. Tetapi tidaklah begitu teruk...tetapi lama-kelamaan keadaan kesihatan ayah mertuaku semakin merosot...matanya yang pada mulanya nampak jadi tak nampak...dari boleh bercakap jadi tak boleh bercakap... puas sudah berikhtiar mencari penawarnya tetapi itulah yang di namakan ujian dari Allah s.w.t. penyakit misteri apakah itu?

Setelah puas berikhtiar ada orang mencadangkan emak mertuaku bertemu dengan seseorang yang di panggilnya ustaz....????. Bila di cari-cari ada sesuatu tertanam yang di cucuk dengan jarum..apakah bendanya itu? Bila ayah mertuaku baik sikit sakit lagi...di ulang-ulang buat kata ustaz. Menurut kata emak mertuaku ustaz tu tanya nak hantar balik ke benda tersebut kepada tuan yang empunya? supaya tuan empunya yang menghantar benda itu mati ke apa. Tetapi emak mertuaku kata tidak mengapalah..itu biar dia jawab di akhirat nanti, dia tidak sanggup untuk membalas dendam kerana api kemarahan dan dendam itu sebenarnya dari syaitan. Biarlah oang tu jawab di hadapan Allah s.w.t nanti.

Kasihan arwah ayah mertuaku menurut cerita emak mertuaku..(dan selama lima bulan aku bersamanya di taman....????) Hanya dua bulan dia menjadi tenaga pengajar di Johor...bukan calang-calang orang, dia tinggal dan menuntut di Mekah bertahun-tahun ( kalau dulu boleh tinggal lama di Mekah)..tetapi setelah pulang dan menjadi ustaz mengajar bahsa arab di Johor dia terpaksa pulang kerana penyakit misterinya. Cakap arab mestilah cair...tetapi takdir tuhan siapalah yang tahu...begitulah kalau akibat dengki dan khianat dendam kerana harta benda sanggup orang menikam orang dari belakang, biarpun saudara sendiri. Na'uzubillahimin zalik.Ketika itu aku baru lagi bergelar menantunya dia tidak dapat melihat aku...dan dia tidak dapat bercakap denganku walaupun sepatah. Dia di jaga seperti bayi...tetapi malangnya kerana dia tidak dapat berkata-kata. Tetapi saat detik kematiannya di malam jumaat ketika azan maghrib berkumandang. Ketika itu aku sedang mengandungkan Hafiez baru empat bulan..tanggal Januari 95 dia telah kembali kepada PENCIPTA nya.

Yang aku tabik spring kat emak mertuaku betapa sabarnya mak mertuaku menjaga suaminya yang sakit. Andainya aku di tempat mak mertuaku adakah aku boleh jadi sesabar dia yang menjaga suaminya berpuluh tahun? Allah itu maha adil berkat kesabarannya Allah gantikan dengan suaminya yang penyanyang iaitu bapa mertua tiriku yang baik...tetapi diapun sudah pergi. Anakku Hafiez kenal itulah tok wannya kerana ketika itu Hafiez pun baru berusia setahun.



Eh...tadi aku nak cerita tentang kenangan di bulan puasa...alahai dah terlajak dah ni..tak apa aku sambung. Ketika aku di kampung suamiku aku teringin nak belajar buat kuih untuk berbuka bukan tak pandai langsung...tapi kalau yang susah-susah tu minta maaflah ya...jenuh aku belajar dengan mak mertuaku). Ketika itu aku sudah dua tahun bergelar isteri dan setahun bergelar ibu...kalau sebelum mak mertua aku menikah baru...dialah yang masak..buat kuih...aku cuma tolong-tolong aje. Tetapi bila mak mertua aku tinggal di rumah suaminya..aku terpaksalah buat sendiri...itupun berbekalkan buku resipi. Suatu hari aku nampak satu resipi mudah dan senang...barang-barangpun ada kat rumah. Namanya pun sedap "nona manis'..bahan-bahannya tepung kanji, gula pewarna dan apa lagi aku dah lupa...aku buat kemain banyak...tapi yang sedihnya bukan menjadipun kuih tu..tapi jadi seperti apa akupun tak tahu. Oleh kerana aku bimbang mak mertuaku datang ke rumahku petang itu..(aku bimbang gak takut mak mertua aku komplen) akupun tanam kat dalam tanah...huwaaa itulah masa anak dara semuanya mak ..kakak dan kakak ipar yang buat kerja dapur...tetapi bila dah bergelar isteri aku kena buat. Nasib baik dapat mak mertua baik kalau tak tak taulah. Malu di buatnya. Tapi alhamdulillah sekarang ni bila dah selalu beli majalah rasa dah boleh alhamdulillah.

Cerita tentang kad raya pulak. Dulu masa anak dara puasa tak sampai seminggu dah sibuk nak beli kad raya..yang menjadi mangsanya emak akulah aku suruh beli. Aku kata beli ajelah mak yang lagumanapun...asalkan kad sudah ler hihihi kesian emak aku i love u emak...setiap kali dia keluar ke bandar terpaksa lah dia beli kad raya untuk aku... dan yang jadi mangsa pos suratpun emak aku. Maklumlah kenalan ramai ketika itu gilak menulis surat hahaha. Dapat balasan kad raya berpuluh-puluh gantung di dinding...tetapi sekarang tak taulah bila dah berusia ni malas pulak nak hantar kad raya, agaknya banyak kemudahan sms dan internet boleh wish gitu aje. Tapi aku suka bangat kalau dapat kad raya, bukannya apa berbeza rasanya boleh tengok gambarnya cantik-cantik. Tahun lepas ada gak terima kad raya dari kawan-kawanku, Epel, Ayong, Fida dan yang lain-lain banyak jugak lah. Tahun ni rasanya nak belilah kot atau tak..entahlah. Balikpun tidak sedihnya....bukannya senang jadi aku ini. Tetapi walau apapun aku terpaksa ceriakan hidupku...dugaan itu adalah satu kenikmatan dari Allah s.w.t menuntut kita untuk belajar bersyukur dan bersabar. Setiap kepahitan ada kemanisannya.


2 comments:

tertanya2..tang mana la agaknya negeri utara tanahair tu..kot buleh berjumpa kalau ada jodoh :)

hi Luna utara ada tiga hehehe kedah perak and penang teka laaa ha ha ha nanti kalu bleh jawab bagi duti raya kekeke.gurau aje dik......